“Sebuah Kisah” Terukir di KL: Dadali Bakal Gegarkan Zepp Kuala Lumpur Julai Ini!
- MYB
- 5 Jun
- 2 min membaca
Kuala Lumpur - Kumpulan balada terkenal dari Indonesia, Dadali, yang mendapat jolokan "King of Sad Song", bakal mengubati rindu peminat mereka di Malaysia menerusi sebuah konsert eksklusif berjudul “Sebuah Kisah Volume 1”, yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu, 5 Julai 2025, bermula jam 9 malam.

Konsert ini menjanjikan malam penuh emosi dengan rangkaian lagu-lagu hit Dadali yang pernah menjadi siulan ramai, antaranya “Disaat Aku Mencintaimu”, “Disaat Aku Tersakiti”, “Disaat Sendiri”, dan tentunya lagu ikonik “Sebuah Kisah”.
Dadali, yang terkenal dengan lirik menyayat hati dan melodi mendalam, menjadikan konsert ini sebagai medium untuk berkongsi rasa dan nostalgia bersama peminat setia mereka di Malaysia. Acara ini dijangka menjadi titik temu penuh makna antara pemuzik dan penggemar muzik balada tanah air.

Tidak hanya itu, konsert ini turut menampilkan penampilan istimewa daripada penyanyi tersohor Malaysia, Ronnie Hussein, yang dijangka akan menambahkan lagi kemeriahan malam konsert tersebut.
Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket, ia boleh didapati di www.myticketempire.com. Terdapat pelbagai kategori tiket dengan harga yang berbeza, bermula dari RM188 untuk kategori "Di Saat Aku Mencintaimu" (Free Standing), RM228 untuk "Di Saat Sendiri" (Normal Seating), RM258 untuk "Di Saat Aku Tersakiti" (Premium Seating), sehingga RM588 untuk kategori "Sebuah Kisah" (VIP Box yang memuatkan maksimum 12 pax dan termasuk sesi Meet & Greet).

Menariknya, penganjur turut menyediakan pilihan pembayaran yang fleksibel dengan kemudahan "Buy Now, Pay Later" melalui Atome, SPayLater, dan Grab PayLater, bagi memudahkan peminat memiliki tiket mengikut kemampuan bajet masing-masing.
Konsert Dadali "Sebuah Kisah" dianjurkan oleh Ultimate Teamworks Malaysia, Ultimate Media, dan BIZCreations, dengan sokongan padu daripada Tourism Malaysia dan kempen Visit Malaysia 2026. Konsert ini bukan sahaja menjanjikan pengalaman hiburan yang tidak dapat dilupakan, malah turut menjadi sebahagian daripada inisiatif untuk memperkasakan industri pelancongan dan hiburan tempatan.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh emosi dan nostalgia bersama Dadali! Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari www.myticketempire.com.
Comments