Semesta Event Space Perkenal “Lembayung Sajian Asli''
- MYB
- 2 jam lalu
- 2 min membaca
Subang Jaya, Selangor – Semesta Event Space dengan kerjasama The Venue tampil mempersembahkan bufet Ramadan eksklusif bertemakan warisan Nusantara menerusi “Lembayung Sajian Asli”, yang bakal berlangsung dari 19 Februari hingga 18 Mac 2026 di Semesta Event Space, Sky Park @ One City, Subang Jaya.

Mengangkat keaslian rasa dan identiti masakan tradisional, bufet ini mengetengahkan pelbagai sajian autentik berinspirasikan masakan kampung dan resipi turun-temurun. Antara menu utama yang menjadi tarikan termasuk Nasi Keladang Istimewa, Asam Pedas Daging Tetel, Ikan Patin Tempoyak, Gulai Kawah Daging, Ayam Salai Lemak Cili Padi, selain ulam-ulaman segar, sambal tradisi serta aneka kuih-muih warisan dan pencuci mulut klasik.
Pengunjung turut disajikan pengalaman lebih interaktif menerusi kiosk makanan secara langsung seperti Kambing Grill, roti jala, lempeng kelapa, aneka sup, pasta panas, rojak kampung, cendol sawit serta stesen minuman dan kopi. Keseluruhan pengalaman bufet ini diperkaya dengan live cooking, persembahan live band, serta suasana eksklusif yang sesuai untuk seisi keluarga dan majlis korporat.
Sebagai nilai tambah, pengunjung berpeluang menyertai cabutan bertuah sepanjang tempoh bufet dengan hadiah menarik termasuk sebuah motosikal, selain pelbagai hadiah lain yang ditawarkan.
Menurut pengasas Semesta Event Space, Farlisa binti Yaafar, yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam penganjuran majlis dan acara, bufet Lembayung Sajian Asli bukan sekadar hidangan berbuka puasa, sebaliknya satu pengalaman gastronomi berteraskan warisan yang jarang diketengahkan dalam bufet Ramadan kebiasaan.
“Kami mahu menghidupkan kembali rasa dan suasana tradisi melalui masakan kawah berasap, menu autentik kampung serta elemen budaya yang dekat di hati masyarakat,” katanya.
Bagi tempoh terhad, promosi pembelian awal ditawarkan bermula RM69 untuk dewasa, RM45 untuk kanak-kanak (5–12 tahun) dan RM60 untuk warga emas (60 tahun ke atas), tertakluk kepada terma dan syarat. Tempahan awal dibuka sehingga 1 Februari 2026.
Semesta Event Space turut dilengkapi kemudahan lengkap termasuk dewan berhawa dingin, surau, tandas, parkir berbumbung, parkir EV serta kemudahan mesra OKU, menjadikannya lokasi ideal untuk berbuka puasa, majlis keluarga dan acara korporat.
Untuk tempahan boleh emel di semesta.eventspace@gmail.com atau hubungi nombor telefon seperti yang tertera di poster.
Lokasi di📍 Semesta Event Space, Level IA, Sky Park @ One City, 47650 Subang Jaya, Selangor. Selamat menyambut Ramadan Al-mubarak.









Komen