SENYUMAN: McDonald’s Malaysia Tampilkan Mini Drama Penuh Emosi yang Menyentuh Jiwa
- MYB
- 4 Ogo
- 2 min membaca
KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2025 - Bagi pencinta kisah menyentuh hati dan detik manis dalam kehidupan seharian, McDonald's Malaysia kini tampil dengan sebuah karya baharu yang pasti akan mengukir senyuman di wajah anda. Siri mini drama terbaharu mereka yang bertajuk “Senyuman” bakal menemui penonton bermula 7 Ogos 2025 di semua platform media sosial rasmi jenama tersebut.
Mengangkat elemen penceritaan penuh emosi, Senyuman adalah kesinambungan daripada koleksi mini drama terdahulu seperti “Love at McD”, “Ms App”, dan “Kau Sundaeku” yang pernah mencuri perhatian netizen. Kali ini, McDonald's sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan sekadar sebuah jenama makanan segera malah, mereka juga peneraju dalam menghubungkan jenama dengan hati rakyat Malaysia.

Kisah Emosi, Hidangan dan Teknologi Bergabung
Drama tujuh episod ini membawa penonton menyelami kisah Ming (lakonan penuh penghayatan oleh Jack Tan), seorang pemuda yang diam dan menyendiri. Dunia Ming yang kelam mula berubah apabila rakan sekerjanya, June (dilakonkan oleh Nabila Razali), perlahan-lahan mendekatinya, ianya bermula hanya dengan sepinggan kentang goreng di McDonald's.
Kisah ini bukan sekadar tentang makanan. Ia membawa makna lebih mendalam, ianya tentang persahabatan, kesepian, dan kuasa momen kecil yang mampu membawa perubahan besar dalam hidup seseorang. Penonton turut akan disajikan dengan elemen pelbagai bahasa, sejajar dengan kemajmukan masyarakat Malaysia yang menjadi tunjang kekuatan jenama ini.
Pelakon Berbakat, Jalan Cerita Menyentuh Hati
Jack Tan, pelakon yang sering membawa watak-watak berat, menghidupkan karakter Ming dengan penuh emosi dan kelembutan. “Saya tertarik dengan kesunyian Ming, ianya sesuatu yang ramai orang rasa tetapi tidak pernah luahkan,” katanya ketika ditemui di sidang media.
Sementara itu, Nabila Razali pula membawa watak June dengan keperibadian ceria yang menjadi penawar dalam kehidupan Ming. “Watak saya memang ringan dan positif, tapi dalam cerita ini, ia lebih mendalam. Ia lebih kepada menyentuh hati dan saya rasa sangat teruja menjadi sebahagian daripadanya,” kata Nabila.
Kehadiran pelakon tambahan seperti Lim Jian Wen turut menyuntik warna dan emosi dalam drama ini.

Aplikasi McDonald’s: Mudah, Pantas dan Bermakna
Lebih menarik, Senyuman juga mengangkat fungsi aplikasi McDonald's Malaysia sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian. Dengan lebih 19 juta muat turun dan 1.4 juta pengguna aktif, aplikasi ini menawarkan kemudahan membuat pesanan, menikmati tawaran istimewa, dan mengumpul ganjaran, ia menjadikan setiap momen di McD bukan sahaja lebih sedap, tetapi juga lebih praktikal.
Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Chin Mei Lee menyatakan bahawa inisiatif seperti ini adalah sebahagian daripada komitmen jenama untuk menceriakan pelanggan, bukan sekadar melalui hidangan, tetapi melalui cerita dan hubungan emosi. “Senyuman adalah cerminan semangat feel-good kami yang sebenar,” katanya.
Saksikan dan Rasai Sendiri “Senyuman”
Jangan lepaskan peluang untuk menonton tayangan perdana Senyuman pada 7 Ogos 2025 jam 8 malam. Episod baharu akan disiarkan setiap hari di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube McDonald’s Malaysia. Nikmatilah gabungan emosi, budaya, dan makanan, satu resepi yang tidak pernah gagal mencetuskan rasa bahagia.
Kerana kadang-kadang, sepinggan kentang goreng dan sebuah senyuman, cukup untuk mengubah hari anda.










Komen