Sertai Ujibakat Malaysia Championship of Performing Arts (MCOPA) Untuk Peluang Wakili Malaysia Ke US
top of page
  • Writer's pictureMYB

Sertai Ujibakat Malaysia Championship of Performing Arts (MCOPA) Untuk Peluang Wakili Malaysia Ke US

Malaysia Championship of Performing Arts (MCOPA) kembali lagi mengendalikan ujibakat Secara Langsung bagi memilih karyawan-karyawan yang berbakat bagi Team Malaysia 2022 ke kejohanan World Championship of Performing Arts yang ke-25 di Disneyland California.


MCOPA
Delegasi 'Team Malaysia' ke pertandingan WCOPA 2019 di Hollywood, Amerika Syarikat

Dikenali sebagai “Olimpik” seni persembahan, WCOPA adalah satu-satunya peluang bagi bakat-bakat di Malaysia untuk mendapatkan pendedahan antarabangsa terutama dihadapan selebriti dan pemimpin industri dari Hollywood, Nashville dan New York.


Setelah dua tahun melaksanakan persembahan maya kerana sekatan COVID-19, tahun ini, dianggarkan lebih ramai peserta dari lebih 70 negara akan berkumpul di Hollywood bertanding merebut pingat-pingat Emas, Perak dan Gangsa serta biasiswa bernilai lebih RM2.0 juta untuk melanjutkan kerjaya mereka di Amerika Syarikat. Setakat ini, terdapat 11 ahli dari Team Malaysia yang telah berjaya dianugerahkan biasiswa tersebut.


WCOPA bukan sekadar pertandingan sahaja, ia juga berfungsi sebagai sebuah platform kepada bakat tempatan yang bercita-cita tinggi untuk menonjolkan kemahiran mereka dalam bidang seni persembahan kepada dunia sambil mempelajari dan mewujudkan perhubungan bersama selebriti terkenal Amerika.


Sebelum pertandingan, peserta berpeluang menyertai “Worldstars Bootcamp” selama satu hari yang diselia oleh penerbit dan pengarah terkenal dari industri hiburan untuk menyediakan para peserta sebelum memasuki pentas antarabangsa.


Dianjurkan oleh MATME Management, MCOPA disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia, (MOTAC) atas kejayaan mereka yang menakjubkan dalam acara global ini.


MCOPA
Penyertaan Eylia Guntabid ke pertandingan WCOPA 2019. Eylia berjaya membawa pulang 4 pingat emas dan 1 pingat perak dalam kategori yang disertainya.

“Team Malaysia” telah memenangi Anugerah Juara Dunia sebanyak tujuh kali di dalam bidang vokal, tarian dan kategori muzik. Disamping itu, mereka juga merangkul 178 pingat emas, 167 pingat perak dan 72 pingat gangsa. Sebagai tambahan, “Team Malaysia” juga telah memenangi sebanyak 128 Juara Bahagian dalam WCOPA.


Romli Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif kepada MATME Management, berkata, “Tanpa keraguan dan terbukti sudah bahawa Malaysia mempunyai ramai yang berbakat. Dengan latihan dan bimbingan yang tepat serta platform yang sesuai, saya amat yakin bahawa mereka mampu menjadi artis antarabangsa! Justeru itu, jika anda fikir anda ada kemampuan dan kesungguhan, jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi artis antarabangsa. Datang bersedia, kerana uji bakat ini bukan perkara yang biasa.”


Uji bakat secara langsung ini akan diadakan di Auditorium Mini MaTiC, Jalan Ampang pada 22 Januari 2022, bermula pada jam 2.00 ptg hingga 5.00 ptg. Semua peserta yang tinggal di Malaysia boleh mengambil bahagian dalam mana-mana kategori berikut - Vokal, Tarian, Muzik, Peragaan, Lakonan dan/atau Pelbagai Seni. Pemilihan untuk “Team Malaysia” 2022 juga akan dibahagikan kepada dua kumpulan umur - Juniors, (5 hingga 15 tahun), dan Seniors (16 tahun ke atas). Sijil Penyertaan dan kalendar mini “Worldstars” juga akan dihadiahkan kepada setiap peserta uji bakat.


Berikut adalah keperluan untuk menyertai Ujibakat Langsung ini:


  • Vokalis - Persembahan satu lagu terbaik anda, dan sediakan juga sebuah lagu dengan genre yang berbeza, sekiranya diminta oleh para juri.

  • Penari - Dibenarkan untuk menari dalam apa jua genre, tetapi perlu juga mempersembahkan tarian kebudayaan yang pendek.

  • Pemuzik - Laksanakan sebuah lagu; boleh diiringi dengan muzik latar.

  • Model - Laksanakan “catwalk” yang terbaik dalam pakaian Santai.

  • Lakonan/ Pelbagai Seni- Sediakan monolog selama satu minit.


Yuran pendaftaran adalah RM130 seorang, peserta boleh mendaftar menggunakan pautan di bawah atau “walk in” pada hari ujibakat tersebut. Setiap peserta harus mematuhi S.O.P COVID-19 - seperti, divaksin sepenuhnya, memakai topeng muka, mengimbas aplikasi MySejahtera semasa masuk, dan mengamalkan penjarakan sosial.


Peserta boleh mendaftar di: https://forms.gle/ZByH5nuCuqxZFCVo6. Sila layari www.worldstarstv.com atau rujuk kepada Worldstars Malaysia di Facebook untuk maklumat lanjut.

bottom of page