SnowPlus Perkenal Vape Bebas Asap Dan Nikotin
top of page
  • Writer's pictureMYB

SnowPlus Perkenal Vape Bebas Asap Dan Nikotin


SnowPlus Go

Bayangkan anda menggunakan vape tanpa mengganggu orang sekitar, malah bebas untuk menyedutnya di mana sahaja tanpa mengira tempat. Itu antara kelebihan yang dijanjikan SnowPlus menerusi produk vape, antaranya dengan ciri bebas asap.


Bukan hanya itu, SnowPlus juga menjadi yang pertama menawarkan jus vape bebas nikotin untuk pengguna membuat pilihan mereka seterusnya lebih mesra kepada orang ramai.


Pengurus Pemasaran SnowPlus Syarul Azizy Salleh berkata, peranti vape keluaran syarikat itu juga mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dengan teknologi pengecasan pantas dalam masa 18 minit sahaja.


"Selain itu, peranti vape kami juga sangat ringgan dan bersaiz poket serta menjanjikan jangka hayat harian yang lama tanpa perlu memikirkan masalah bateri lemah serta keperluan membawa alat pengecas ke mana-mana.


"SnowPlus mempunyai ciri kuasa bateri yang effisyen tahan untuk seharian. Peranti vape ini juga membakar dengan stabil meskipun dalam keadaan bateri lemah," katanya.


Beliau berkata, peranti vape jenama mereka mempunyai enam warna pilihan dengan ciri premium termasuk teknologi pengaliran udara aeroflow dan teknologi ceramic atomization iaitu panel sentuhan seramik berbentuk sarang lebah pada peranti.


Katanya, peranti SnowPlus juga mempunyai dua jenis pilihan iaitu Pro dan Lite dengan harga antara RM85 hingga RM120 seunit.


SnowPlus Go

Sebagai alternatif juga, SnowPlus turut memperkenalkan peranti pakai buang dikenali SnowPlus Go dengan harga RM19 dan boleh didapati secara eksklusif di kedai MyNews.com.


Bagi edisi pakai buang, pod berkenaan boleh digunakan mencapai sehingga 350 sedutan.


Syarul Azizy berkata dari aspek pod perisa vape pula dilengkapi dengan teknologi anti bocor yang menghalang ia meleleh keluar.


Tambahnya, perisa perisa vape yang ditawarkan juga bersesuaian dengan citarasa penduduk di Malaysia dengan pelbagai pilihan tersedia.


"SnowPlus mempunyai tiga edisi perisa perisa vape iaitu classic, zero nicotine dan smokless. Anda boleh pilih yang mana menjadi pilihan anda.


"Bukan saja di negara ini, SnowPlus juga menjadi jenama vape pilihan di Canada, China, United States, Dubai, United Kingdom, Korea dan Rusia".


Lebih bermakna apabila SnowPlus turut membuka peluang perniagaan bagi menjana pendapatan kepada ejen mereka terutama dalam situasi untuk kembali memulihkan ekonomi masing-masing di era pandemik Covid-19.



Syarul Azizy berkata kira-kira 6,000 ejen sudah berdaftar di negara ini dengan pendapatan bersih antara RM2,000 hingga RM3,800 sebulan.


Beliau berkata majoriti mereka yang mendaftar sebagai ejen terdiri daripada yang diberhentikan kerja serta hilang mata pencarian sejak Covid melanda negara.


"Pastinya kami gembira kerana berjaya membantu mereka menjana pendapatan selain mendapat maklum balas produk ini mudah dijual kerana ciri menarik yang dimilikinya.


"Selain harga berpatutan, ia juga partikal bagi majoriti pengguna vape di negara ini," katanya.


Mereka yang berminat boleh layari laman web https://snowplus.com.my/ dan Instagram @snowplus.malaysia.


Foto: Facebook/SnowPlusMY

bottom of page