top of page
Writer's pictureMYB

Sup Gear Box 6 Sekawan & Siakap Stim Thai Jadi Tarikan Utama Bufet Iftar Hotel Premiera Kuala Lumpur

Ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak beberapa hari lagi pastinya dinantikan oleh semua umat Islam. Justeru bagi meraikan kedatangan bulan tersebut, Hotel Premiera Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman.



Hotel Premiera Kuala Lumpur begitu sinonim dengan hidangan bufet iftar yang pelbagai dan istimewa yang akan disajikan di aras 6, Dewan Utama Hotel Premiera Kuala Lumpur.


Dewan utamanya yang luas berserta dengan dekorasi unik bertemakan suasana kampung ini telah sedia menerima kehadiran sehingga 1000 orang tetamu pada satu-satu masa untuk menikmati juadah berbuka dalam suasana penuh keselesaan.


Hotel Premiera Kuala Lumpur memilih tema “Selera Orang Kita” untuk bufet iftar pada tahun ini berikutan sajian yang akan dihidangkan adalah sajian tradisi dari pelbagai negeri di Malaysia yang majoritinya digemari oleh kebanyakan masyarakat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan budaya.

Sup Gear Box 6 Sekawan merupakan antara tarikan utama bufet iftar Hotel Premiera Kuala Lumpur, Ramadan ini.

 

Sebagai kelainan, pada tahun ini Premiera Hotel Kuala Lumpur akan mengetengahkan hidangan istimewa “Sup Gear Box 6 Sekawan” yang telah menjadi antara kegemaran dan tarikan setiap pengunjung disamping ”Siakap Stim Thai Special” dimana ikan siakap segar akan dikukus bersama-sama dengan bahan-bahan dan rempah-ratus terpilih .


Masakan kampung dari pelbagai negeri juga dihidangkan seperti Nasi Kandar, Gulai Daging Dengan Rebung, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Ikan Masak Singgang serta Ayam Kalio. Tidak ketinggalan hidangan yang sering menjadi tumpuan pengunjung di Hotel Premiera Kuala Lumpur semestinya “Kambing Bakar 30 Hari” diperap istimewa dan dibakar dengan kayu arang.


Pada masa sama ’Stall Live Bufet’ yang berada di luar dewan utama menyediakan juadah seperti keow teow, mee goreng, murtabak ayam dan sardin, cucur udang, pisang goreng serta tidak dilupai pemanis mulut seperti pelbagai kuih tradisional melayu kuih lompang, bingka ubi, seri muka serta pengat durian dengan pulut yang akan membuatkan anda teruja. Turut disajikan juga pelbagai sambal melayu seperti sambal tempoyak, cencaluk, sambal ikan bilis tumbuk serta ulam-ulaman.

 
GALERI

Bertemakan "Selera Orang Kita", bufet iftar Hotel Premiera Kuala Lumpur menyajikan lebih 160 hidangan tradisi dari pelbagai negeri di Malaysia yang majoritinya digemari oleh kebanyakan masyarakat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan budaya.



Sambil menikmati hidangan, para pengunjung akan turut di sajikan dengan alunan lagu-lagu dari pelbagai irama yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Uda Dara, setiap hari dari jam 6.30ptg ke 10.00 malam.


Selain persembahan muzik, Hotel Premiera turut menyajikan 'sajian rohani' dimana para pengunjung berpeluang untuk beramah mesra, mendengar tazkirah serta berterawih bersama seleksi Penceramah Selebriti seperti Ustaz Syamsul Debat, Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff, Ustaz Haslin Bollywood, Imam Muda Megat dan Ustaz Aiman Nasir yang dibawakan khas pada hari-hari terpilih dalam setiap minggu sepanjang bulan Ramadan.


Kemudahan seperti surau yang luas dan sangat selesa yang terletak di Aras 7 juga disediakan untuk para pengunjung menunaikan solat fardhu dan Terawih yang akan diimamkan oleh Ustaz yang telah dilantik oleh pihak hotel.


Selain itu, tempahan korporat secara berkumpulan (Private Event) dengan jumlah minumum 50 orang dan ke atas juga boleh dibuat bertempat di Coffee House aras 5 yang turut dihiasi dengan dekorasi dan suasana serta pemandangan malam di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.



Harga bufet iftar yang ditawarkan adalah RM128 bersih untuk dewasa sementara RM96 bersih untuk kanak-kanak berumur dari 5 hingga 11 tahun. Tempahan awal dijual dengan harga RM98 bersih untuk dewasa dan kanak-kanak RM50 bersih sehingga 19 Mac 2023.


Selain menikmati hidangan bufet iftar, Hotel Premiera turut menyediakan pakej bilik Ramadan untuk tetamu yang ingin bermalam pada harga RM460 bersih untuk penginapan satu malam beserta sahur dan iftar untuk 2orang dewasa. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Premiera Hotel Kuala Lumpur ditalian 03-2615 1000.


Yorumlar


bottom of page