top of page
Writer's pictureMYB

Suria FM Dan The Curve Hangatkan Sambutan Tahun Baru, Anjur Konsert Gempak 'Countdown to 2025'

Sempena sambutan tahun baru 2025 dan ulang tahun ke-20 The Curve, Suria FM dengan kerjasama The Curve Damansara bakal menganjurkan konsert "Countdown to 2025" yang dijangka akan memukau pengunjung dengan barisan artis popular tanah air.


Suria FM Dan The Curve Hangatkan Sambutan Tahun Baru, Anjur Konsert Gempak 'Countdown to 2025'
Barisan artis dan Penyampai Suria FM yang akan memeriahkan sambutan tahun baru dengan konsert 'Countdown to 2025 yang berlansung di The Curve Damansara .

Konsert yang bakal berlangsung pada 31 Disember 2024 ini akan diadakan di Piazza, The Curve bermula seawal jam 9 pagi. Menurut DJ Lin selaku Pengurus Besar Suria FM, konsert ini bukan sekadar sambutan tahun baru biasa, malah turut meraikan ulang tahun ke-20 pusat beli-belah The Curve.


Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari, termasuk Food Festival yang menampilkan jenama makanan viral seperti Suka Dessert, Sushika, Ayaq Gantung dan Gulacakery. Bagi peminat kecergasan pula, sesi Body Combat bersama Fitness First turut disediakan.


Barisan penyampai popular Suria FM seperti Dato Fizz Fairuz, Suraya Borhan, Chiwan, Kai dan DJ Lin sendiri akan memeriahkan suasana dengan kehadiran mereka. Lebih mengujakan, konsert ini akan dimeriahkan dengan persembahan artis-artis ternama seperti Dayang Nurfaizah, Suki Low, Ruffedge, Kristal X, Hakim Khan, Agy, Black Hanifah, Iman Troye, dan Atilia Haron.


Acara kemuncak akan berlangsung pada malam tahun baru dengan pertunjukan bunga api yang spektakular. Orang ramai dijemput untuk sama-sama memeriahkan acara bermakna ini yang menjanjikan pengalaman tahun baru yang tidak dapat dilupakan.


Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web suria.my atau mengikuti akaun media sosial rasmi Suria Malaysia di Instagram, Facebook, TikTok, Youtube dan X.



0 komen

Comments


bottom of page