top of page
Writer's pictureMYB

Suria FM Terus Bersinar: Raih 3.3 Juta Pendengar, Suria Cinta Ungguli Carta!

Stesen radio popular, Suria FM, mencatatkan kejayaan memberangsangkan apabila berjaya menarik lebih 3.3 juta pendengar seminggu berdasarkan laporan terkini GfK Radio Measurement Wave 2 2024. Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 292,000 pendengar atau 10% berbanding kajian terdahulu.


Suria FM Terus Bersinar: Raih 3.3 Juta Pendengar, Suria Cinta Ungguli Carta!

Slot malam Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin terus mencuri tumpuan dengan peningkatan paling tinggi sebanyak 341,000 pendengar (33%). Program yang bersiaran dari jam 8 malam hingga 1 pagi setiap Ahad hingga Jumaat ini turut mencatat masa pendengaran mingguan tertinggi selama 3 jam 11 minit.


Kejayaan turut dikecapi oleh Cik Piah menerusi slot Gaya Suria dan Muzik Top Suria yang merekodkan pertambahan 303,000 pendengar (23%). Program yang bersiaran pada waktu tengah hari ini telah menjadi pilihan ramai untuk menemani waktu bekerja.


Morning Morning Suria yang dikendalikan oleh trio Ajak, Dato Fizz Fairuz dan Suraya turut menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan peningkatan 170,000 pendengar (12%). Tidak ketinggalan, slot petang bersama Sharifah Shahirah, Chiwan dan Kai Hassan turut mencatat pertambahan 152,000 pendengar (9%).


Suria FM Terus Bersinar: Raih 3.3 Juta Pendengar, Suria Cinta Ungguli Carta!

DJ Lin yang juga Pengurus Besar Suria FM meluahkan rasa syukur atas pencapaian ini. "Kami amat gembira dengan keputusan kaji selidik bagi Wave 2, 2024 yang menunjukkan Suria FM terus menjadi pilihan utama pendengar radio di Malaysia. Pencapaian ini adalah hasil komitmen padu dan kerja keras team Suria yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk para pendengar.


"Kami komited untuk terus memperkukuhkan jenama Suria agar kekal relevan dan menjadi pilihan pendengar di Malaysia sekaligus terus berusaha menghasilkan kandungan yang menarik dan dekat di hati pendengar,” jelasnya


Lebih membanggakan, slot hujung minggu Suria FM turut mencatatkan peningkatan memberangsangkan dengan pertambahan 231,000 pendengar (11%), sekali gus mengukuhkan kedudukan Suria FM sebagai stesen radio pilihan utama di Malaysia.



Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page