top of page

Suria KLCC Lancar Edisi Keenam Kempen 'The Golden Ticket', Baucar Tunai Bernilai RM500,000 Sedia Untuk Dimenangi

  • Writer: MYB
    MYB
  • 15 jam lalu
  • 2 min membaca

Kuala Lumpur - Destinasi beli-belah ikonik Malaysia, Suria KLCC, sekali lagi menggemparkan para pengunjung dengan kempen cabutan bertuah tahunan mereka yang dinanti-nantikan – The Golden Ticket! Edisi keenam kempen ini berlangsung dari 9 hingga 25 Mei, menawarkan peluang keemasan kepada seorang pembeli bertuah untuk memenangi baucar e-Beli-belah Suria KLCC bernilai RM10,000 setiap hari.


Suria KLCC Lancar Edisi Keenam Kempen 'The Golden Ticket', Baucar Tunai Bernilai RM500,000 Sedia Untuk Dimenangi

Kempen tahun ini kembali dengan penampilan baru yang menarik dan skala yang lebih besar. Ruangan Centre Court pusat beli-belah ini telah bertukar menjadi taman permainan neon bersaiz penuh yang terinspirasi daripada permainan klasik Dam Ular (Snake and Ledder) – lengkap dengan panel bercahaya dan dadu gergasi. Para pengunjung berpeluang memenangi empat jenis tiket yang mengujakan: Golden, Ruby, Emerald dan Purple.


Untuk menyertai kempen ini, pengunjung hanya perlu berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khusus. Setiap pembeli yang layak berpeluang memusing dadu gergasi dan melangkah ke atas papan interaktif bertemakan ular dan tangga untuk memenangi Purple Ticket (e-Baucar bernilai RM50), Emerald Ticket (e-Baucar bernilai RM100), Ruby Ticket (e-Baucar bernilai RM5,000), atau Golden Ticket yang paling diidamkan (e-Baucar bernilai RM10,000).


Suria KLCC Lancar Edisi Keenam Kempen 'The Golden Ticket', Baucar Tunai Bernilai RM500,000 Sedia Untuk Dimenangi

Apabila Golden Ticket atau Ruby Ticket dimenangi, suasana di Centre Court menjadi lebih meriah dengan muzik kegembiraan, lampu neon yang berkelipan, dan hujan konfeti untuk memeriahkan saat kemenangan yang tidak dapat dilupakan.


Para pemenang tiket tertinggi juga akan diabadikan di Dinding Pemenang (Wall of Winners), di mana mereka berpeluang bergambar dengan replika tiket dan dadu bersaiz besar untuk foto dan video yang akan dipaparkan pada skrin berputar di ruangan atas Centre Court.


Suria KLCC Lancar Edisi Keenam Kempen 'The Golden Ticket', Baucar Tunai Bernilai RM500,000 Sedia Untuk Dimenangi

Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd menyatakan, "Kempen Golden Ticket telah menjadi tradisi tahunan yang sangat dinanti-nantikan oleh para pelanggan setia. Cabutan bertuah tahun ini benar-benar di tahap yang berbeza — kami telah menggandakan keterujaan, memastikan bahawa setiap pengunjung yang menyertai pulang dengan senyuman."



Kempen di Alamanda Shopping Centre

Alamanda Putrajaya juga mengadakan kempen The Golden Ticket yang popular untuk tahun kelima, bermula dari 23 Mei hingga 8 Jun. Dengan tema yang serupa, Centre Court Alamanda bertukar menjadi hutan ajaib dipenuhi ular animasi, bunga-bunga dan tangga.


Pengunjung yang berbelanja RM500 atau lebih dengan dua resit di mana-mana kedai khusus berpeluang memusing dadu enam warna gergasi untuk memenangi e-Baucar sehingga RM1,000. Dengan 50 hadiah ditawarkan setiap hari, setiap peserta akan pulang dengan gembira.



Kempen di Mesra Mall

Di pantai timur pula, Mesra Mall di Terengganu turut menganjurkan kempen The Golden Ticket dari 9 hingga 25 Mei. Mengambil tema yang sama, pusat beli-belah ini menghidupkan nostalgia permainan kanak-kanak dengan hiasan ular dan tangga yang berwarna-warni di ruangan Centre Court.


Pengunjung yang berbelanja RM300 dalam dua resit di mana-mana kedai khusus berpeluang memutar dadu berwarna-warni gergasi untuk membuka kotak misteri dan berpeluang memenangi baucar beli-belah bernilai sehingga RM1,000.


Sebanyak 51 hadiah ditawarkan setiap hari – termasuk Golden Ticket (RM1,000), Silver Ticket (RM500), dan Blue Ticket (RM30), menjadikan setiap pengunjung berpeluang untuk menang sepanjang kempen 17 hari ini.


Dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai setengah juta ringgit, kempen Golden Ticket ini pasti akan menjadi tarikan utama untuk para pengunjung di ketiga-tiga pusat beli-belah tersebut sepanjang bulan Mei hingga Jun ini.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan kemas kini terkini, layari:


Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall



Comentarios


bottom of page