Suria KLCC Lancar Kempen 'The Golden Ticket', Tawar Baucar Beli Belah Sehingga RM600,000
top of page
  • Writer's pictureMYB

Suria KLCC Lancar Kempen 'The Golden Ticket', Tawar Baucar Beli Belah Sehingga RM600,000

Updated: Jun 15, 2023

Kumpulan Suria KLCC yang merupakan destinasi utama untuk membeli belah, kembali dengan Kempen ‘ The Golden Ticket’ yang bakal menawarkan ganjaran yang lebih besar dan lebih menarik. Kempen ‘ The Golden Ticket’ untuk tahun 2023 telah bermula dari 2 sehingga 25 Jun 2023, merupakan penganjuran edisi keempat lanjutan dari sambutan hebat sejak mula diperkenalkan kepada para pengunjung pada tahun 2020.



Kempen yang sememangnya dinanti-nantikan ini akan berlangsung menerusi tiga peringkat yang bermula dengan Majlis Media pada 2 Jun diikuti dengan aktiviti Penebusan ‘ The Golden Ticket’ yang akan berlansung setiap hari bermula dari 3 sehingga 24 Jun dan bakal diakhiri dengan majlis Penghargaan Pembeli sebagai acara kemuncak yang akan diadakan pada 25 Jun 2023.


Acara penebusan ‘The Golden Ticket’ akan diadakan di Suria KLCC ‘Centre Court’ yang mana 100 kotak misteri akan disediakan untuk aktiviti cabutan bertuah buat para pelanggan. Sebanyak 99 kotak akan diisi dengan sekeping ‘ The Purple Ticket’ yang bernilai RM50 manakala 1 kotak bertuah akan di isi dengan sekeping ‘The Golden Ticket’ yang bernilai RM5,000.


Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ini serta dapat menikmati ganjaran melalui penebusan e-Baucar yang dimenangi.


Pentas utama turut dibina khas bagi memeriahkan sambutan kempen ini serta diiringi dengan alunan muzik kemenangan bakal membangkitkan semangat untuk tontonan para pengunjung setiap kali cabutan ‘The Golden Ticket’ berjaya ditebus oleh pemenang bertuah.


Para pemenang ‘The Golden Ticket’ bakal dirai apabila setiap dari mereka berpeluang untuk menyertai sesi fotografi dan setiap dari gambar para pemenang akan dilayarkan di skrin digital berputar yang bertempat di ‘Centre Court’ dan juga di setiap skrin digital yang tersedia di sekitar pusat beli-belah.


Satu sesi cabutan bertuah untuk setiap hari akan diadakan di antara jam 12pm sehingga jam 8pm, manakala dua sesi cabutan bertuah akan diadakan untuk setiap hujung minggu yang mana sesi pertama akan diadakan di antara jam 10am sehingga jam 2pm dan sesi kedua di antara jam 5pm sehingga jam 9pm.


100 keping tiket akan ditambah pada setiap sesi manakala lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain pada keesokannya.


GALERI


Tidak kurang dari ganjaran tebusan tiket, 50 orang pelanggan yang paling banyak berbelanja semasa tempoh tebusan ‘The Golden Ticket’ akan diundang untuk menyertai Majlis Penghargaan Pembeli pada 25 Jun. Majlis sambutan ini akan dilengkapi dengan jamuan koktel yang akan menghidangkan pelbagai juadah ‘canapés’ tidak ketinggalan penampilan DJ yang akan membuat persembahan secara langsung.


Bagi memeriahkan tanda penghargaan dari warga kerja Suria KLCC juga, seorang pelanggan setia yang bertuah berpeluang untuk memenangi ‘Super Golden Ticket’ yang bakal memberi ganjaran e-Baucar hebat yang bernilai RM10,000 tanpa perlu menambah nilai perbelanjaan. Sementara itu, pelanggan terhormat yang lain akan menerima sekeping e-Baucar yang bernilai RM50 sebagai token penghargaan.


“Kempen ‘The Golden Ticket’ adalah upacara tradisi tahunan yang amat berprestij dan sentiasa menantikan kehadiran pelanggan terhormat. Sepanjang keberlangsungan kempen sejak tiga tahun lepas, kempen yang sangat bermakna ini telah memberi ganjaran hebat kepada pelanggan setia dan telah mencatat nilai melebihi RM1 juta untuk baucar beli-belah yang berjaya diberikan.


"Melihat dari sasaran impak ekonomi, kebanyakkan rakan perniagaan Suria KLCC telah mencatat peningkatan dari sudut jumlah pelanggan dan jualan terus,” ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.


Sementara itu, kempen ‘The Golden Ticket’ yang diadakan di Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya bermula dari 26 Mei sehingga 18 Jun turut menjanjikan pelbagai tawaran dan ganjaran menarik buat para pelanggan.


Seiringan dengan Kempen ‘The Golden Ticket’ di Suria KLCC, pelanggan yang berbelanja berbelanja RM500 dan keatas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi baucar beli-belah Alamanda.


Sebanyak 101 tiket akan dicabut untuk setiap hari yang mana setiap cabutan akan membawa cabutan ‘The Golden Ticket’ yang utama dan bernilai RM1,000 bersama 100 cabutan ‘White Ticket’ yang bernilai RM50. Lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain untuk cabutan keesokan harinya bagi meningkatkan jumlah tiket yang tersedia. Setiap pelanggan hanya berpeluang memenangi sebuah hadiah untuk setiap hari, selagi stok masih ada.


Pusat Beli-Belah Mesra di Kemaman, Terengganu pula akan menjayakan Kempen ‘The Golden Ticket’ untuk 30 hari bermula dari 2 sehingga 31 Julai 2023.


Melihat kepada sambutan yang amat memberangsangkan pada kempen tahun lepas, konsep yang sama masih dikekalkan. Para pelanggan yang berbelanja RM300 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai kempen cabutan bertuah untuk memenangi baucar Beli Belah yang bernilai RM1,000 atau RM30. Resit tulen daripada mana-mana kedai terpilih di Pusat Beli-Belah Mesra perlu disertakan semasa pendaftaran penyertaan kempen.


Untuk info lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang serta di platform media sosial Facebook Suria KLCC.



bottom of page