top of page

Tema “Lotus of Light” Serikan Deepavali di Tiga Pusat Membeli-Belah Suria KLCC Group

  • Writer: MYB
    MYB
  • 12 Okt
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Deepavali tahun ini, Suria KLCC Group mempersembahkan kempen bertemakan ‘Lotus of Light’ yang penuh cahaya dan warna di tiga pusat membeli-belah utama: Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre, dan Mesra Mall. Kempen ini berlangsung dari 6 hingga 22 Oktober 2025, dengan kemuncaknya pada 20 Oktober bersempena Festival Cahaya.


Tema “Lotus of Light” Serikan Deepavali di Tiga Pusat Membeli-Belah Suria KLCC Group
Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan melancarkan kempen beli belah Suria KLCC 'Lotus of Light' bersempena sambutan perayaan Deepavali 2025.

Menurut Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Bunga Teratai melambangkan kesucian, pencerahan dan kelahiran semula.


"Tema inin sangat sesuai sebagai inspirasi untuk Deepavali. Kami ingin mencipta pengalaman yang menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang dalam suasana penuh cahaya dan kegembiraan,” ujar beliau
Tema “Lotus of Light” Serikan Deepavali di Tiga Pusat Membeli-Belah Suria KLCC Group
Binaan gergasi Bunga Teratai mewarnai ruangan Center Court pusat membeli belah Suria KLCC

Di Centre Court Suria KLCC, pengunjung akan disambut dengan binaan bunga teratai gergasi yang bercahaya, dihiasi kolam tradisional dan lengkungan teratai untuk sesi bergambar. Persembahan tarian klasik Bharatanatyam dan bengkel Henna khas pada hari Deepavali turut memeriahkan suasana.


Para pembeli yang berbelanja di Suria KLCC sempena kempen Deepavali ‘Lotus of Light’ berpeluang menikmati ganjaran eksklusif. Dengan pembelian minimum RM1,000 dalam dua resit, mereka akan menerima e-baucar bernilai RM50.


Tema “Lotus of Light” Serikan Deepavali di Tiga Pusat Membeli-Belah Suria KLCC Group
Persembahan tarian klasik Bharatanatyam dan bengkel Henna khas pada hari Deepavali turut memeriahkan suasana.

Selain itu, pembelian e-baucar bernilai RM1,000 melalui laman web rasmi Suria KLCC akan melayakkan pembeli untuk menerima tambahan e-baucar RM100, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi dan meriah.


Di Putrajaya, Alamanda menampilkan kolam teratai dan gerbang bunga bercahaya yang indah. Selain ganjaran membeli-belah, Alamanda meneruskan jualan Pin Reben Hijau untuk menyokong NGO kesihatan mental yang merupakan satu inisiatif penuh makna sempena musim perayaan.



Para pembeli di Alamanda Shopping Centre turut berpeluang menikmati ganjaran menarik sepanjang kempen ‘Lotus of Light’. Dengan pembelian minimum RM500 dalam dua resit, mereka akan menerima e-baucar bernilai RM30.


Sementara itu, bagi pembelian yang mencecah RM1,500 dalam dua resit, pembeli layak menerima e-baucar bernilai RM80. Ganjaran ini menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi sambil menyemarakkan semangat perayaan Deepavali.


Di Terengganu pula, Mesra Mall menyambut Deepavali dengan binaan teratai yang mempesona dari 16 hingga 26 Oktober. Sambutan ini menekankan kepelbagaian budaya Malaysia dan keterangkuman, menjadikan perayaan ini milik semua.



Komen


bottom of page