The Lord of Musang King: Filem Rintis Antara Malaysia Dan Korea Selatan
top of page
  • Writer's pictureMYB

The Lord of Musang King: Filem Rintis Antara Malaysia Dan Korea Selatan

Filem pertama kerjasama diantara produksi Malaysia dan gergasi filem Asia, Korea Selatan, "The Lord Musang King," akhirnya tiba di pawagam Malaysia. Selepas penggambaran selama 21 hari yang mempamerkan pakatan antara kedua-dua industri, filem itu diharapkan dapat memikat hati peminat filem tempatan sejak ditayangkan bermula 21 Disember lalu.


The Lord of Musang King
Koloborasi dua negara. Barisan pelakon bersama pengarah dan penerbit filem 'The Lord of Musang King' sewaktu majlis tayangan gala filem tersebut baru-baru ini di GSC Lalaport, Kuala Lumpur.

Majlis tayangan gala filem The Lord of Musang King telah berlangsung baru-baru ini di GCS LALAPORT, mempamerkan kejayaan kerjasama Malaysia-Korea Selatan. Acara penuh glamor itu bukan sahaja meraikan tayangan filem itu tetapi juga mengiktiraf sokongan tidak berbelah bahagi industri perfileman tempatan dalam mengangkat filem tempatan ke tahap yang lebih tinggi.


Filem yang diterbitkan oleh HUNDRED YEARS POPCORN PRODUCTION SDN BHD, milik penerbit muzik veteran Ong Peng Chu, menandakan penampilan sulungnya dalam industri perfileman selepas 38 tahun dalam persada muzik tempatan dan antarabangsa. Diarahkan oleh pembikin filem terkenal Korea Selatan Lee Moon Ho, yang terkenal dengan karyanya seperti My Way dan Underground Dragon King, dia berharap kerjasama ini akan diterima baik oleh peminat filem Malaysia dan seterusnya memartabatkan industri filem tempatan.


The Lord of Musang King ialah filem unik yang mempamerkan kepelbagaian bahasa, menggabungkan dialog Melayu, Korea dan Inggeris. Aspek berbilang bahasa ini menambah kedalaman penceritaan, meningkatkan keterlibatan penonton dalam naratif. Selain itu, ia berfungsi sebagai bukti kuasa penyatuan seni, merapatkan budaya dan menghubungkan manusia.


Filem ini menampilkan barisan pelakon berbakat, terdiri daripada pelakon tempatan dan Korea Selatan. Pelakon Malaysia Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adlynn, Jay Iswazir, Azri Sabri, dan Eddie Chow yang juga salah seorang penerbit filem itu menyampaikan persembahan yang menawan hati. Menyertai mereka ialah pelakon terkenal Korea Selatan Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon, membawa sentuhan antarabangsa kepada produksi.


The Lord of Musang King
The Lord of Musang King ketengah tema aksi diterajui Yusuf Bahrin dari Malaysia dan dibantu pelakon Korea Selatan, Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon

 

SINOPSIS


Filem 'The Lord of Musang King' menceritakan kisah Haikal, seorang anak kepada Tuan Samad, yang telah diperangkap dan dipenjarakan. Tuan Samad merupakan pengusaha ladang durian Musang King yang berjaya di Massalia yang juga di gelar sebagai 'The Lord of Musang King'.



Dalam percubaan terdesak untuk menyelamatkan anaknya, Tuan Samad, terpaksa membuat perjanjian dengan Cheon Jin, presiden syarikat Cheon Ha International Trading Group di Korea Selatan. Perjanjian tersebut membabitkan pembelian saham syarikatnya sebagai timbal balik usaha untuk membebaskan Haikal dari penjara. Namun, Tuan Samad akhirnya dibunuh oleh konco-konco Cheon Jin semasa semasa Tuan Samad membuat siasatan secara bersendirian.


Berita kematian Tuan Samad akhirnya sampai kepada Haikal. Haikal diberitahu yang bapanya telah meninggal dunia, dan laporan menunjukkan ia berpunca dari tindakan bunuh diri akibat tekanan perasaan. Menyedari akan cerita sebenar, Haikal mencari jalan untuk bolos dari penjara demi mencari keadilan dan menuntut bela atas kematian ayahnya. Dengan bantuan rakan-rakannya dan kerjasama dengan pihak polis, Haikal berhadapan dengan dalang di sebalik pembunuhan itu dan berusaha membawanya ke pengadilan.


 


Penghasilan filem 'The Lord of Musang King' mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Penerbitan filem itu dibiayai melalui Dana Kandungan Digital (DKD), bukti komitmen kerajaan untuk mempromosikan filem tempatan dan menggalakkan kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa.


The Lord of Musang King dilihat bukan sahaja mewakili kerjasama hebat antara Malaysia dan Korea Selatan tetapi juga menandakan pertumbuhan berterusan dan evolusi industri filem tempatan. Dengan jalan cerita yang menarik, pelakon antarabangsa dan pendekatan berbilang bahasa, filem ini menjanjikan untuk memikat penonton dan meninggalkan kesan yang berkekalan.


bottom of page