The Masked Singer Malaysia Kembali Untuk Musim Keempat Dengan Format Siaran Secara Lansung
top of page
  • Writer's pictureMYB

The Masked Singer Malaysia Kembali Untuk Musim Keempat Dengan Format Siaran Secara Lansung

"The Masked Singer Malaysia" (TMSM) musim keempat, program pertandingan nyanyian penuh misteri yang telah mencetuskan fenomena selama tiga musim berturut-turut, kini kembali dengan kehadiran yang lebih memukau! Musim ini akan menampilkan kepelbagaian kostum yang menakjubkan dan siaran secara langsung buat pertama kalinya.


The Masked Singer Malaysia Musim Keempat
The Masked Singer Malaysia kembali untuk musim keempat dengan format siaran secara lansung

Buat pertama kalinya, rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ ini bakal bersiaran secara lansung dengan durasi selama dua jam sehingga tiga jam bagi setiap episod, dan ini merupakan satu lagi cabaran besar buat barisan peserta musim ini sekaligus menjadi cabaran baharu buat pihak produksi.


Dengan penyiaran secara langsung, setiap peserta perlu berdepan dengan tekanan dan cabaran menyanyi secara langsung di hadapan penonton. Ini pasti akan menambahkan elemen kejutan dan kegembiraan kepada rancangan tersebut.


Malaysia merupakan negara ke-2 yang berani menyahut cabaran untuk bersiaran secara langsung. Walaubagaimanapun, pihak produksi telahpun meneliti setiap aspek keselamatan peserta sebagai langkah berjaga-jaga.


TMSM musim keempat akan hadir dengan 15 barisan selebriti terkemuka negara dalam 14 kostum unik. Kostum-kostum ini telah direka dengan penuh keanggunan oleh Puan Akma Suriati Awang, dengan sentuhan istimewa daripada pereka terkenal tempatan, Syomirizwa Gupta. Setiap kostum mencerminkan elemen yang dekat dengan masyarakat Malaysia, termasuk flora, fauna, dan kepelbagaian makanan tempatan.



Sebanyak 15 orang selebriti dan personaliti tempatan akan menyertai musim keempat ini. Mereka berasal dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, dan pempengaruh media sosial.


Dengan adanya kombinasi bakat-bakat ini, penonton dapat menikmati kehebatan nyanyian masing-masing peserta, sambil bergembira menerka siapa yang berada di sebalik topeng.


Seperti musim-musim sebelumnya, penilaian untuk musim keempat TMSM akan dilakukan oleh Juri Tetap. Dalam musim ini, undian daripada Juri Tetap akan memberikan 80% keputusan penilaian, manakala undian daripada penonton membantu 20% keputusan penilaian setiap minggu. Ini memberi peluang kepada penonton untuk terlibat dalam penilaian dan memastikan bahawa suara mereka juga diambil kira.


The Masked Singer Malaysia Musim Keempat
Barisan juri TMSM musim keempat dibarisi selebriti ternama terdiri dari Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang, dan Angah (SINAR)

Musim keempat ini akan melibatkan sembilan orang personaliti daripada pelbagai bidang industri hiburan sebagai Juri Tetap. Mereka termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang, dan Angah (SINAR). Mereka akan memberikan pandangan mereka tentang penampilan dan menebak siapa yang berada di sebalik setiap topeng.


TMSM musim keempat akan menggabungkan unsur muzik dan komedi sebagai salah satu cabang seni yang bergerak secara beriringan. Ini menunjukkan bahawa rancangan ini tidak hanya menyediakan tontonan yang menghiburkan, tetapi juga memberikan peluang untuk memperluaskan genre lawak. Penonton akan dapat menikmati kandungan penuh hiburan dengan menyaksikan musim keempat ini yang menjanjikan suara-suara mantap di sebalik topeng.


Bakal berlangsung selama 10 minggu dan dijalankan di CIBD Convention Center Kuala Lumpur, para pelanggan Astro boleh menyaksikan musim baharu TMSM pada setiap Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD) dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.


bottom of page