Lagu TIARA ciptaan M.Nasir yang popular pada tahun 90-an oleh kumpulan KRIS telah mendapat perhatian sekali lagi apabila dirakam semula oleh penyanyi Indonesia, Raffa Affar dan kemudian P.Radhi dalam versi P.Ramlee pada tahun 2022.
Memandangkan sambutan yang sangat hangat kepada lagu Tiara, Luncai Emas menerima idea dan cadangan daripada Wan Dillhanaridz , penggubah lagu Tiara ala P.Ramlee untuk menerbitkan lagu TIARA dalam versi Hindi pula.
Menurut Wan ‘’Saya mencadangkan Tiara dirakam dalam versi Hindi kerana saya amat yakin lagu Tiara sangat sesuai diadaptasikan ke irama Hindi kerana melodinya sangat indah. Saya menggubah lagu Tiara mengikut muzik era 90-an lagu - lagu hit Hindi.
"Susunan muzik ini mengambil masa dalam 4 hari untuk mendapatkan intro dan interlude lagu bagi mendapatkan mood Hindi. Setelah dipersembahkan rakaman awal kepada rakan – rakan Hindi terdekat serta peminat tegar lagu – lagu Hindi, saya mendapat feedback yang sangat memberangsangkan. Mereka rasa apabila mendengar lagu ini ianya adalah muzik yang dirakam di India.
"‘SAHARA’, itulah judul diberikan untuk lagu Tiara dalam versi Hindi. Wan memilih lagu SAHARA untuk dinyanyikan secara duet. ‘’SAHARA ini sesuai untuk didendangkan secara duet kerana ia mempunyai 3 interlude seperti lagu–lagu Bollywood lain," jelas Wan.
Sumber Youtube : Luncai Emas
Penyanyi yang dipilih oleh Wan adalah 2 orang penyanyi Nadia Fharshah & Amirul Fadzuan yang aktif di Tiktok menyanyikan lagu – lagu Hindi dalam kandungan kreatif mereka di sosial media. Mereka banyak meraih sokongan untuk persembahan lagu – lagu Hindi mereka.
‘’Nadia perlu sampaikan emosi Tiara itu sendiri ketika rakaman kerana Nadia seorang yang ceria dan suka ketawa... Apabila bawa lagu SAHARA ini adalah sedikit mencabar untuk Nadia. Nadia mengharapkan semua yang mendengar dapat rasa apa yang cuba disampaikan," jelas Nadia.
Bagi Amirul pula ‘’ SAHARA mempunyai aliran melodi yang tenang, sedih dimana ia berubah mengikut irama yang dihasilkan. SAHARA entah bagaimana sejajar dengan jiwa dan saya berasa begitu terhubung dengannya apabila saya menyanyikan lagu ini. Terima kasih kepada Luncai Emas kerana memberi peluang yang indah dan tidak lupa rakan duet saya Nadia, juga kepada Abang Wan’’.
Bagi Luncai Emas pula, ‘’Apabila diusulkan cadangan Sahara kepada kami dan mendengar gubahan awal daripada Wan, kami amat kagum kerana Tiara diadaptasi dan digubah seakan ianya adalah satu lagu original Hindi. Justeru, kami amat mengalukan cadangan itu kerana sememangnya Tiara satu lagu viral pada tahun 2022 yang telah dirakam dalam pelbagai versi. Oleh itu, kenapa tidak dalam versi Hindi?’’.
Luncai Emas berharap SAHARA bukan sahaja dapat diterima di kalangan orang Melayu tetapi juga di kalangan pendengar – pendengar Hindi dan bukan sahaja tempatan malah pendengar – pendengar luar negara.
Untuk peminat lagu Hindi boleh dengarkan audio penuh SAHARA oleh Nadia Fharshah & Amirul Fadzuan di semua saluran digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, KKBOX dan Itunes Store sementara muzik video akan dilancarkan di youtube Luncai Emas tidak lama lagi .
Comments