TMSM4: Amelina Disebalik Topeng Pom Pom Kin, Tersingkir Di Minggu Ke-5
top of page
  • Writer's pictureMYB

TMSM4: Amelina Disebalik Topeng Pom Pom Kin, Tersingkir Di Minggu Ke-5

Pada minggu kelima The Masked Singer Malaysia 4 (TMSM4), penonton mengucapkan selamat tinggal kepada Pom Pom Kin. Dengan markah 59.54%, Pom Pom Kin tersingkir selepas mempersembahkan lagu "Anta Permana" oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza.


The Masked Singer Malaysia 4
Identiti penyanyi di sebalik kostum Pom Pom Kin bukan lagi rahsia. Amelina menjadi peserta ke-5 tersingkir dari pentas TMSM4

Sementara itu dibarisan kerusi juri, hanya Angah dan Zizan Razak sahaja yang gagal meneka dengan betul. Episod itu turut memaparkan Bunga Matahari di tempat pertama dengan markah 76.77%, diikuti Sang Kancil dan Biskut Aiskrim.


Penyingkiran Pom Pom Kin pada minggu kelima sekaligus mendedahkan identiti sebenar selebriti bertopeng itu. Amelina, penyanyi yang begitu popular dengan irama Dangdut itu, telah menghiburkan penonton selama bertahun-tahun dengan suaranya yang merdu dan persembahan yang menawan hati. Sebagai Pom Pom Kin, dia telah mempamerkan kepelbagaian dan kreativitinya, memperkenalkan penonton kepada sisi baharu kebolehan muziknya.


Memasuki minggu ke-5 , beberapa peserta dilihat begitu selesa mendahului peserta lain, memikat penonton dengan persembahan mereka. Bunga Matahari sekali lagi berjaya mencuri tumpuan pada minggu kelima, memperolehi kedudukan pertama dengan markah memberangsangkan sebanyak 76.77%.


The Masked Singer Malaysia 4
Amelina

Sang Kancil dan Biskut Aiskrim turut menyampaikan persembahan yang tidak dapat dilupakan penonton menerusi lagu Ya "Maulai" dan "Cindai", mempamerkan kehebatan vokal dan kehadiran pentas mereka. Masing-masing berjaya memungut markah 72.53% dan 68.71%.


Pada minggu kelima, The Masked Singer Malaysia 4 memberi penghormatan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, bersempena dengan sambutan hari ulangtahun penyanyi nombor 1 Malaysia itu . Tema malam itu meraikan lagu-lagu ikoniknya dan sumbangannya kepada industri muzik. Para peserta memberikan yang terbaik untuk mencipta semula keajaibannya di atas pentas, memukau penonton dengan persembahan lagu hits kesayangannya.

bottom of page