• MYB

TOUS Malaysia Butik Flagship Kini Dibuka Di Bangsar Village II

TOUS merupakan sebuah jenama barangan kemas dan aksesori yang bernaung di bawah Kumpulan HABIB sejak dari tahun 2019. Meskipun sudah hampir empat tahun berada di pasaran Malaysia, jenama yang berpusat di Sepanyol ini telah pun berada di pasaran dunia sejak dari tahun 1920-an lagi.


Tous, Habib
Butik Flagship TOUS di Pusat Membeli Belah Bangsar Village II

Terkenal dengan hasil tangan yang mewah namun pada harga mampu milik ini, TOUS kini membuka butik berkonsepkan flagship di pusat membeli belah Bangsar Village II yang terletak di aras bawah berhadapan dengan pintu masuk utama. Butik baru ini berkonsep lebih terbuka melambangkan identiti dan style jenama TOUS.


Butik flagship ini menawarkan seleksi pilihan tidak hanya bertumpu kepada wanita seperti barangan kemas, tas tangan dan scarf malahan aksesori buat para jejaka seperti barangan kulit, jam tangan dan minyak wangi juga ditawarkan di sini.


Berkeluasan 721 kaki persegi, butik flagship ini memberikan persekitaran yang lebih selesa dan mematuhi penjarakan sosial semasa para pelanggan berkunjung ke sini.


Menawarkan dengan koleksi-koleksi terbaru dan yang menjadi pilihan orang ramai, setiap kaunter-kaunter yang menampilkan pelbagai seleksi barangan disusun mengikut kategori bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan dan mencuba barangan yang dinginkan.


TOUS, Habib
Antara Koleksi yang terdapat di Butik Flagship ini adalah beg tangan, scarf dan jam tangan

Selain itu, satu sudut khas turut disediakan untuk memaparkan sejarah dan warisan TOUS serta nilai-nilai yang menjadi pegangan jenama ini untuk terus menghasilkan rekaan yang mampu lengkapkan gaya penampilan.


Setiap koleksi yang direka menjadi simbolik tanda penghargaan serta hadiah untuk yang tersayang mahupun diri sendiri. Setiap barangan kemas ini dihasilkan daripada emas 750, perak sterling dan vermil.


TOUS percaya bahawa setiap rekaan barangan kemas ini mempunyai penceritaan tersendiri dan perlu untuk meraikan setiap saat yang bermakna. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang TOUS di www.tous.com atau ikuti TOUS di Facebook (tousjewelrymy) dan Instagram (@my.jewelria). Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi talian hotline TOUS di 014-2009533.


Selain butik terbaru di Bangsar Village II, peminat TOUS boleh hadir ke cawangan butik TOUS di Pavilion KL dan Sunway Pyramid atau membeli belah secara atas talian di Shopee, Lazada dan Zalora.


0 comments