Trio Hos Baharu Kemudi Musim Ke-6 Program Helo Doktor
top of page
  • Writer's pictureMYB

Trio Hos Baharu Kemudi Musim Ke-6 Program Helo Doktor

Saluran kegemaran ramai, TV3 setia menyajikan topik-topik kesihatan dalam program bual bicara Helo Doktor. Kini, program ini telah membuka tirai pada tahun 2023 untuk musim keenam dan diacarakan oleh hos Anim Ezati Rizki dan wajah baharu, Nadia Azmi dan Adriana Adnan serta tetamu jemputan daripada barisan panelis profesional. Perkongsian informasi ini bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 5.30 petang di TV3, dan strim langsung secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.


Program HELO DOKTOR musim terbaru bakal memaparkan trio baharu barisan pengacara serta tiga segmen baharu yang menarik.

Istimewa musim ini, Helo Doktor menampilkan tiga segmen baharu, tambahan kepada empat segmen yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para penonton. Sajian segmen baharu termasuk segmen Doctor In The House, Diari Doktor dan Fakta Atau Mitos.


Segmen Doctor In The House berkongsi tentang panduan keselamatan serta langkah pertama yang harus dilakukan dalam situasi kecemasan, bersama pegawai perubatan terkenal Dr Malar Santhi Santherasegapan. Penonton juga dapat menyelam rutin harian dan sebalik tabir kehidupan seorang figura bidang perubatan dan kesihatan dalam segmen Diari Doktor. Lebih menarik lagi, tambahan segmen Fakta Atau Mitos akan merungkai segala mitos dan mencari sejauh mana kebenaran sesuatu fakta itu dalam dunia perubatan bersama pakar-pakar industri.


Helo Doktor musim keenam telah mula bersiaran sejak 1 Januari 2023 dan mengupas isu-isu kesihatan seperti Peritnya Sakit Tulang Belakang bersama panel jemputan Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Hisam Muhamad Ariffin (Pakar Perunding Kanan Dan Pensyarah Perubatan, Jabatan Ortopedik Dan Traumatologi, HCTM UKM) dan Zamani (selebriti), Menghadapi Menopaus bersama Dr. Noraini Nor (Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Hospital Islam Az-Zahrah) dan juga Bau Badan bersama Prof. Madya Dr. Kwan Zhenli (Pakar Dermatologi, UM Specialist Centre (UMSC). Teruskan menonton Helo Doktor untuk episod-episod istimewa yang akan datang sempena Minggu Kesedaran Autisme Sedunia dan Hari Wanita Antarabangsa untuk perbincangan menarik bersama panel jemputan.


Sidang produksi Helo Doktor diketuai oleh Nurhul Huda Hj. Khalid sebagai Penerbit Eksekutif, Ikha Arnisya Mohd Anuar sebagai Penerbit dan Irin Putri Azmi sebagai Penerbit Bersama, serta menampilkan Anim Ezati Rizki, Nadia Azmi dan Adriana Adnan sebagai hos program.


bottom of page