Tudung Jennaira Tampil Koleksi Unik, Tembus Pasaran Indonesia
top of page
  • Writer's pictureMYB

Tudung Jennaira Tampil Koleksi Unik, Tembus Pasaran Indonesia

Jennaira Holding baru - baru ini telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya serta pelancaran koleksi terbaru tudung Jennaira oleh Datin Seri Azlina Hanim dan Arviena yang diusahakan Datin Seri Azlina Hanim dan suaminya Datuk Seri Rohaizat Musa, di Hotel Royale Chulan, Kota Damansara.


Majlis pelancaran serta rumah terbuka tersebut turut diserikan dengan persembahan oleh peserta GV8 , Aweera dan penyanyi yang mendapat jolokan 'Kajol Malaysia', Farawahida dan dihoskan oleh Maria Tunku Sabri serta pasangannya Arviena


Datin Seri Azlina Hanim dan Arviena

Menurut Datin Seri Azlina Hanim koleksi terbaharu tudung Jennaira menampilkan 10 corak unik dan dijual secara atas talian . Lebih membanggakan apabila koleksi tudung ini juga telah dijual di Indonesia. Untuk koleksi kali ini, Jennaira telah berkerjasama bersama model dan instafamous terkenal, Arviena


Apa yang menarik, setiap helai tudung dalam koleksi ini diberikan nama yang unik seperti Putar Alam, Mustika, Kesuma, Pelangi, Langsat, Pucuk Muda, Tampok, Manggis, Nilam dan Bakawali.


“Tudung Jennaira bersama dutanya, Arviena masih dikira baru tetapi alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima secara dalam talian cukup positif.


“Kami keluarkan tudung ini secara tiga peringkat menerusi 10 corak dan konsep berbeza. Ia menggunakan fabrik satin, ada bawal dan juga shawl. Harganya mampu milik, RM70 sehelai dan syukur, ia juga turut dipasarkan di Indonesia.


“Setiap keluaran itu terhad. Kena ‘pre-order’, jadi ia lebih eksklusif dan insya-Allah, koleksi baru akan dilancarkan bersempena Hari Raya Haji nanti,” katanya yang turut optimis mengeluarkan telekung, tidak lama lagi.


Seramai lebih 700 anak tahfiz turut dirai dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Jennaira Hoding baru-baru ini.

Majlis tersebut turut menyantuni seramai lebih 700 orang anak-anak tahfiz dari beberapa institusi tahfiz sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.


“Kita jemput lebih 700 anak tahfiz dan anak yatim untuk sama-sama meraikan hari raya. Malah ketika sambutan hari jadi suami dan buka puasa sebelum ini, kami turut jemput mereka. Sudah jadi satu tradisi bagi kami di Jennaira Holding.


“Malah setiap pembelian tudung ini atau mana-mana produk keluaran kami, mereka secara tak langsung turut menderma dalam menjayakan rumah terbuka ini. katanya lagi.


Jennaira Holding buat masa ini sedang mengusahakan beberapa rangkaian perniagaan lain meliputi produk dalam segmen minuman dan makanan, ais krim yogurt serta produk kesihatan.

bottom of page