TV3 Siar Drama Bersiri Filipina Bertemakan Poligami Islam Dalam 'Legal Wives'
top of page
  • Writer's pictureMYB

TV3 Siar Drama Bersiri Filipina Bertemakan Poligami Islam Dalam 'Legal Wives'

Slot Sakura di TV3 menyuntik elemen pembaharuan dan mencipta kelainan dengan memberikan kepuasan menonton drama - drama popular dari Malaysia dan Filipina.


Seleksi drama bersiri hebat dari Asia diteruskan dengan LEGAL WIVES, sebuah drama romantik yang popular di Filipina. Gandingan mantap pelakon - pelakon sensasi iaitu Dennis Trillo, Alice Dixson, Andrea Torres dan Bianca Umali pasti membuatkan anda tidak berganjak menonton siri drama ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang di slot Sakura yang sudah bermula sejak 2 Februari 2022.


Slot Sakura, TV3
Slot Sakura kini turut menyajikan drama popular dari Filipina berjudul Legal Wives bermula 2 Februari 2022 lalu.

Drama bersiri 40 episod ini mengisahkan kisah cinta antara Ismael dan Diane yang penuh dengan liku. Ismael berasal dari keluarga Muslim yang kaya manakala Diane ialah penganut agama Katolik. Ismael merahsiakan hubungan cintanya dengan Diane daripada pengetahuan keluarganya atas sebab perbezaan agama.


Dalam suatu kejadian yang tidak dijangka, Ismael terlibat dalam konflik keluarga sehingga menyebabkan dia membuat keputusan untuk menikahi Amirah, janda kepada abangnya. Diane yang terluka dengan perbuatan Ismail telah membawa diri ke tempat lain. Ismael terus menjejaki Diane kerana dia mahu membuktikan cintanya kepada Diane. Ismael hanya mengahwini Amirah atas tanggungjawab terhadap keluarganya. Oleh itu, Diane telah menerima Ismael dan bersetuju untuk berkahwin dengannya sebagai isteri keduanya.


Apabila Ismael dan Diane ingin memulakan hidup baharu sebagai pasangan suami isteri, dugaan baharu datang menguji. Kawan kepada Ismael merayu Ismael untuk mengahwini anak perempuannya, Farrah yang terlibat dalam satu skandal. Oleh kerana Ismael terhutang budi dengannya, akhirnya Ismael bersetuju.



Amirah, Diane dan Farrah akhirnya menjadi isteri-isteri yang sah kepada Ismael. Bagaimanakah mereka melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan konflik? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan LEGAL WIVES pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang menerusi slot Sakura di TV3.


bottom of page