top of page
Writer's pictureMYB

U-Caring International Terajui Pembangunan Bandar Pintar IoT Pertama Dunia di Johor

U-caring International (Holdings) Group dan Persatuan Usahawan IoT Antarabangsa sedang merangka usaha berani untuk mewujudkan sebuah bandar pintar IoT (Internet of Things) bersepadu sepenuhnya pertama di dunia di Johor, Malaysia.


U-Caring International
Majlis pelancaran Persatuan Usahawan IoT Antarabangsa serta pengumuman rasmi initiatif projek IoT Smart City disempurnakan oleh pengasas U-caring International (Holdings) Group, Datuk Seri Steven Yong di The Pearl, Kuala Lumpur semalam.

Projek perintis ini bertujuan untuk mengubah kehidupan bandar melalui penggunaan teknologi dan data, dengan matlamat untuk meningkatkan infrastruktur, meningkatkan kualiti hidup, dan mempromosikan kemampanan.


Usaha untuk merealisasikan pembangunan bandar pintar IoT tersebut memerlukan kerjasama global. Oleh yang demikian, Persatuan Usahawan IoT Antarabangsa akan bekerjasama rapat dengan kerajaan, syarikat dan institusi penyelidikan merentas negara yang berbeza untuk memajukan inisiatif IoT Smart City di Johor Bahru, Johor.


Selain itu, persatuan itu juga akan menganjurkan persidangan antarabangsa, memudahkan pertukaran teknologi, dan menjalankan program latihan untuk menggalakkan kerjasama dan pertumbuhan global dalam sektor IoT.


Menerusi pelan rancangan sepuluh tahunnya, pengasas U-caring International, Datuk Sri Steven Yong berhasrat untuk membangunkan Bandar Pintar IoT dengan dana pelaburan bernilai RM 5 bilion. Projek itu juga akan mewakili blok terbesar dan terakhir portfolio U-caring International.


Datuk Sri Steven Yong yang ditemui media selepas pelancaran Persatuan Usahawan IoT Antarabangsa yang diadakan semalam di The Pearl, Kuala Lumpur, memaklumkan bahawa, "Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa negeri Johor telah dipilih sebagai lokasi untuk projek IoT Smart City yang pertama.


"Ini bukan sahaja mengiktiraf negeri Johor tetapi juga mengesahkan usaha kami dalam inovasi teknologi dan pengurusan bandar. Kami akan menyokong sepenuhnya pelaksanaan projek ini untuk menetapkan penanda aras baharu dalam pembangunan bandar pintar." jelas beliau.


U-caring International (Holdings) Group telah menjadi perintis teknologi IoT di Malaysia dengan memperkenalkan robot AI menerusi syarikat Citobor AI yang berfungsi sebagai pengedar untuk robot yang diperoleh dari pelbagai negara termasuk China dan Korea. Kumpulan itu juga turut telah berjaya membangunkan pasaran robot pintar AI untuk 1.4 bilion penduduk China.




Kommentarer


bottom of page