top of page

Varisha Tampil Bersama Amira Othman, Lancar Koleksi Tudung Raya Eksklusif

Writer's picture: MYBMYB

Updated: 13 Jan

Jenama fesyen tudung terbaru, Varisha mengambil langkah berani dengan melancarkan koleksi eksklusif "Raya Series" serta mengumumkan pelantikan penyanyi popular, Amira Othman sebagai duta jenama baharu mereka.


Varisha Tampil Bersama Amira Othman, Lancar Koleksi Tudung Raya Eksklusif
(Kiri-Kanan) : Penyanyi dan pelakon Amira Othman bersama Marisha Paudzai, Pengurus Perniagaan, Varisha Collection Sdn. Bhd pada majlis pelancaran koleksi 'Raya Series' yang berlansung di pusat beli-belah Central i-City, Shah Alam, semalam. Amira turut menerima perlantikan sebagai duta jenama hijab tersebut.

Jerayawara yang berlangsung di Central i-City, Shah Alam sejak 9 hingga 12 Januari ini, turut dimeriahkan dengan pelancaran single terbaru Amira Othman bertajuk "Bila Nak Kahwin" di bawah naungan Sony Music Malaysia.


Hadir dalam lima koleksi rekaan istimewa terdiri dari Azalea, Euphoria, LuxFlat, Rosetta dan Valerie, setiap koleksi hadir dalam pelbagai pilihan warna menarik untuk disesuaikan dengan setiap fesyen pemakainya.


Koleksi terbaharu ini menampilkan inovasi dalam pembuatan tudung dengan penggunaan fabrik "Ultra Comfort Cotton Voile" yang dihasilkan menggunakan teknologi 60s Compact-Siro Spun. Keistimewaan fabrik ini terletak pada ciri-cirinya yang mesra pengguna - mudah dibentuk, ringan, tidak berkedut dan yang paling menarik, tidak memerlukan seterika. Ia sesuai dipadankan sama ada untuk gaya santai harian mahupun majlis istimewa.




"Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan Amira Othman yang bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan, tetapi juga mencerminkan imej wanita moden yang bergaya dan berkeyakinan - sejajar dengan nilai jenama Varisha," jelas Marisha Paudzai, Pengurus Perniagaan, Varisha Collection Sdn. Bhd.


Pada acara kemuncak yang berlangsung semalam, Amira mempersembahkan lagu barunya "Bila Nak Kahwin" yang merupakan hasil kolaborasi kreatif bersama komposer terkenal Iqie Hugh dan Omar K. Peminat berpeluang bertemu dengan penyanyi ini melalui promosi istimewa "Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman".


Varisha yang berpegang kepada slogan "Varisha for EVERYONE, EVERYDAY" terus membuktikan komitmen mereka dalam menghasilkan tudung berkualiti tinggi yang bukan sahaja mengetengahkan nilai estetika, tetapi juga memberi keutamaan kepada keselesaan pemakainya.


Koleksi terbaharu 'Raya Series' kini boleh didapati secara dalam talian menerusi platform rasmi jenama tersebut termasuk di TikTok Shop dan Shopee.




Comments


bottom of page