vivo X80 Series Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia
top of page
  • Writer's pictureMYB

vivo X80 Series Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia

vivo Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran siri fotografi terunggul, vivo X80 series, yang membawakan pengalaman mudah alih premium yang lebih hebat lagi kepada pengguna dengan keupayaan pengimejan sinematik baharu, yang dihasilkan dengan kerjasama ZEISS.


Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia

Dibangunkan berasaskan ciri vivo X series yang mengetengahkan fotografi mudah alih profesional, vivo X80 series yang menampilkan model X80 dan X80 Pro sekaligus membuktikan usaha yang berterusan dalam membawakan pengalaman pengguna yang terunggul dalam fotografi dan videografi dengan mod sinematik artistik, konfigurasi terbaik, dan inovasi teknologi.


Ciri Pengimejan Profesional Inovatif dengan ZEISS

Diperkasa oleh dual chip untuk pengimejan profesional, vivo X80 series menampilkan penambahbaikan meluas yang melangkaui pengalaman fotografi mudah alih yang tiada bandingannya, dan buat julung kalinya, membawakan mod video gaya sinematik melalui kolaborasi dengan ZEISS.


Ciri ZEISS Cinematic Video Bokeh baharu menghasilkan bokeh yang menonjol dengan kesan flare bujur dengan nisbah 2.39:1, yang mewujudkan kesan lensa sinematik skrin lebar yang dapat merakam video yang ekspresif dan mempunyai nilai estetik yang tinggi.


Pada masa yang sama, pengguna juga boleh menghasilkan video potret dengan kesan bokeh menggunakan lensa biasa dengan satu sentuhan sahaja. Kesan bokeh berbeza-beza mengikut jarak fokus, apertur, dan jarak rakaman; dan kesan flare adalah berbentuk bulat dalam bingkai 16:9 biasa.


vivo X80 series turut menyertakan ZEISS Cinematic Style Bokeh dalam rangkaian ciri ZEISS Superb Portrait, yang membolehkan pengguna menghasilkan estetik klasik Hollywood dengan menggunakan kesan bokeh seakan filem yang digandingkan dengan flare berbentuk bujur memanjang yang artistik.



Kesan keseluruhan boleh ditingkatkan dengan algoritma simulasi lensa sinematik vivo dan teknologi kedalaman medan dwikamera yang menggabungkan penerapan dan pemprosesan flare. Teknologi ini mengenal pasti titik yang paling terang pada gambar dan menaikkannya dengan ciri cahaya biru artistik yang menyerupai silau biru di lensa filem.


vivo masih mengekalkan kesan pemandangan malam yang hebat menerusi ZEISS Superb Night Camera. Ditambah pula dengan ciri-ciri yang ditambah baik seperti Pure Night View, X80 series mampu merakam pemandangan di bandar pada waktu malam, pada masa yang sama mengekalkan senario sebenar pemandangan tersebut.


Di samping itu, X80 Pro menyokong XDR Photo, yang meningkatkan kejelasan bagi imej yang mempunyai pencahayaan belakang dan rona yang dapat mencerminkan dengan lebih baik apa yang dapat dilihat oleh mata manusia. Prestasi pemandangan pada waktu malam kekal hebat dengan ZEISS T* Coating eksklusif yang melengkapi semua peranti, yang mempertingkatkan penghantaran cahaya untuk mengurangkan pantulan dan cahaya lilau.


Untuk membawakan pengalaman fotografi mudah alih yang terunggul, X80 series dari vivo juga menyertakan ZEISS Natural Colour yang dibantu oleh AI Perception Engine yang pertama bagi siri ini untuk meningkatkan ketepatan warna dan memudahkan perubahan warna dan kecerahan semasa rakaman.


ZEISS Natural Colour adalah teknologi pengubahan rona yang memaparkan warna-warna semulajadi, yang merupakan peneraju dalam industri. Bila digabungkan dengan AI Perception Engine, ia mengoptimakan dedahan yang tepat dan imbangan putih secara automatik untuk rakaman yang autentik. Penambahbaikan ciri ini turut menyertakan keupayaan untuk mengubah kecerahan rona bagi rakaman pengalaman yang tampak hidup, bermutu, dan natural.


Pengalaman Fotografi Mudah Alih Premium

X80 Pro didatangkan dengan sistem empat kamera belakang dengan kamera Ultra-Sensing GNV 50MP yang lengkap dengan penstabilan imej optik (OIS), kamera sudut lebar 48MP, kamera Gimbal Portrait 12MP, kamera Periscope 8MP, dan kamera depan 32MP.


Kamera Gimbal Portrait 12MP adalah penambahbaikan teras yang meningkatkan kualiti dan kestabilan video, manakala kamera utama X80 Pro turut menyertakan Ultra-Sensing GNV Sensor yang disesuaikan khusus untuk mengoptimumkan keterpantulan dan mengurangkan cahaya lilau, digabungkan dengan High Transmittance Glass Lens bagi penyebaran dan aliran suhu yang rendah untuk mengurangkan silau.


Model X80 pula mempunyai kamera depan 32MP dan sistem kamera belakang yang terdiri daripada Ultra-Sensing Sensor Camera 50MP, Portrait Camera 12MP, dan kamera sudut lebar 12MP baharu. Model X80 menampilkan sensor ultra-sensing IMX866 baharu yang meningkatkan prestasi kamera dalam keadaan yang gelap dan kurang pencahayaan.

Untuk pengalaman pengimejan berkualiti tinggi, X80 series dilengkapi dengan cip pengimejan khusus yang terkini oleh vivo, iaitu cip vivo V1+, yang membawakan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna dengan sistem AI terbina dalam bagi peningkatan visual tahap profesional.


Sementara itu, X80 Pro pula mempunyai ciri tambahan iaitu AI Video Enhancement yang membolehkan peranti menukar secara automatik antara video HDR dan mod malam mengikut senario. Cip vivo V1+ juga mempertingkatkan pengalaman visual bagi X80 series dari segi paparan dan gaming.


Camera Panning merupakan ciri baharu yang eksklusif yang meningkatkan lagi keupayaan dinamik siri yang unggul ini. Teknologi pengesanan pergerakan potret peranti ini boleh mengurangkan kekaburan gerakan yang disebabkan oleh tangan yang bergoyang.


Mod Night Sports pada X80 Pro membolehkan pengguna merakam imej hebat dan dinamik, kerana ia mampu merakam gambar yang lebih jelas walau dalam senario yang ekstrem sekalipun, dengan keupayaan pengesanan pergerakannya yang dipertingkatkan.


Prestasi yang Unggul

X80 series diperkasa oleh dual chip bagi pengalaman mudah alih yang terunggul. Di samping V1+ chip yang direka khusus oleh vivo, X80 Pro mempunyai konfigurasi Snapdragon 8 Gen 1, manakala model X80 menggunakan platform MediaTek Dimensity 9000 bagi prestasi yang cekap tanpa menambah beban penggunaan bateri.


Berbanding model sebelumnya, X80 Pro mempunyai prestasi CPU yang lebih baik. Keseluruhan siri ini dilengkapi dengan LPDDR5 dan UFS3.1 yang dipertingkatkan bagi kadar kelajuan penggunaan dan storan yang lebih tinggi.


X80 Pro didatangkan dengan Ultra Large Liquid Cooling Vapor Chamber yang memberikan lingkungan penyejukan permukaan maksimum yang dapat membantu mengekalkan kestabilan apabila menggunakan ciri berprestasi tinggi seperti permainan berskala besar dan rakaman video.



X80 series dilengkapi dengan Vapor Chamber terbesar di kalangan X series dengan lebih 27 lapisan pelesapan haba bagi kesan penyejukan yang optimum.

Direka demi memenuhi keperluan pengguna, X80 series baharu ini diberikan penambaikan bateri yang signifikan yang dapat disesuaikan dengan apa jua gaya hidup. Seluruh siri tersebut menyokong FlashCharge 80W, manakala X80 Pro juga turut menyokong FlashCharge 50W tanpa wayar dengan bateri 4,700 mAh, dan X80 didatangkan dengan bateri 4,500 mAh. Walaupun dengan kapasiti bateri yang begitu besar, X80 Pro dan X80 boleh dicas sepenuhnya hanya dalam 35 minit sahaja.


X80 series didatangkan dengan kawalan dan ciri privasi yang lebih baik. Dengan adanya ciri Screen Pinning, pengguna boleh membekukan skrin untuk privasi yang maksimum. Penunjuk mikrofon dan kamera, kawalan yang lebih baik dalam penganggaran lokasi, dan papan pemuka privasi boleh digunakan untuk mengawal ketercapaian app. Di samping itu, X80 Pro dilengkapi dengan 3D Ultrasonic Large Fingerprint Sensor serba baharu yang boleh membuka kunci telefon dalam masa 0.2 saat.


Alami Permainan Imersif

Motor linear paksi X yang besar, disokong oleh algoritma getaran yang dibangunkan sendiri oleh vivo membawakan getaran berasaskan latar yang senyap tetapi bertenaga, supaya pengguna dapat menikmati pengalaman gaming yang imersif dengan X80 series. Kelajuan gerak balas X80 Pro, dari segi masa mula-henti, telah meningkat sebanyak 20% manakala kelajuan gerak balas X80 pula meningkat 41.2% dengan getaran yang lebih ketara bagi gaming yang menyeronokkan.


Dua pembesar suara stereo bagi kedua-dua model ini diimbangi dengan bes yang bertenaga untuk mempertingkatkan kesan bunyi keseluruhan, di mana buat julung kalinya X series dibawakan dengan dua pembesar suara.


Peranti X80, yang diperkasa oleh platform MediaTek Dimensity 9000, menawarkan penyelesaian untuk menangani masalah hayat bateri yang pendek dan kadar bingkai yang tidak stabil yang disebabkan oleh penggunaan permainan yang tinggi — AI Gaming Super Resolution. Ia mampu memampatkan resolusi permainan yang tinggi untuk mengurangkan beban kepada CPU dan GPU, kemudian memuat naik semula imej yang dikecilkan tersebut melalui AI Gaming Super Resolution. Fungsi gaming yang pertama dalam industri ini telah diuji dan dapat menjimatkan penggunaan bateri sebanyak 10%.


Reka Bentuk Kalis Air yang Rapi dengan Estetik yang Menarik

Berinspirasikan kamera profesional, segi empat sama dan bulatan tampil sebagai elemen estetik yang membentuk lensa dan asas digabungkan dalam konsep reka bentuk luaran X80 series, untuk mengingatkan pengguna tentang keupayaan fotografi profesional siri ini. Reka bentuk visual yang memaparkan lensa dalam motif bulatan menggamit pengguna untuk menyoroti dunia menerusi kamera tersebut, di samping menonjolkan keupayaan pengimejan profesional ZEISS.



X80 series terdapat dalam dua warna – Cosmic Black dan Urban Blue. Model X80 Pro hanya didatangkan dalam warna Cosmic Black, manakala model X80 pula mempunyai kedua-dua pilihan warna. Cosmic Black melambangkan sifat langit malam yang terbentang luas dan begitu mendalam, serta semangat dan kuasa alam semesta yang abadi. Urban Blue direka berasaskan warna biru laut, jauh dari kesibukan kota yang membangkitkan kerehatan, ketenangan dan kegembiraan.


X80 Pro yang diberi penarafan IP68 bagi ciri-ciri ketahanan air dan habuk menampilkan 3D Ultrasonic Large Fingerprint Sensor, dengan lingkungan pengesanan 11.1 kali lebih besar daripada sensor cap jari titik tunggal yang biasa. Ciri baharu ini membolehkan pengguna mendaftarkan cap jari mereka dengan hanya satu sentuhan dan membuka kunci telefon dalam masa 0.2 saat sahaja. Ciri ini juga menyokong pengesahan dua jari yang terjamin keselamatannya, yang memberikan pengalaman pengguna serta perlindungan yang jauh lebih baik.

Harga dan Ketersediaan

vivo X80 Pro dijual pada harga RM4,999, manakala vivo X80 boleh didapati pada harga RM3,499. Rangkaian baharu ini boleh didapati menerusi pratempahan di e-kedai rasmi vivo Malaysia dan gedung rasmi utama vivo Malaysia di Shopee dan Lazada.



Pelanggan yang membuat pratempahan bagi X80 Pro dari 8 hingga 13 Mei layak menerima hadiah-hadiah percuma bernilai sehingga RM1,525, termasuklah Vertical Wireless Flash Charger vivo 50W, jaminan penukaran 1-untuk-1 dalam tempoh 100 hari, sarung telefon, dan waranti tambahan perlindungan bateri. Sementara itu, bagi pembeli X80 pula, mereka boleh mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,465, termasuklah vivo TWS 2e, jaminan penukaran 1-untuk-1 dalam tempoh 100 hari, sarung telefon, dan waranti tambahan perlindungan bateri.


bottom of page