top of page
Writer's pictureMYB

YEG Bawa Pelajar Jalani Praktikal Perhotelan Di Dubai & Qatar

Buat julung kalinya, YEG academy (YEG) bakal menghantar pelajar pengajian Diploma Pengurusan Hotel untuk menjalani latihan industri (praktikal) di hotel lima bintang di Dubai dan Qatar pada tahun ini.


Pengarah Urusan YEG, Hassan Ithnin berkata, bagi menyediakan pelajar agar berdaya saing dalam pasaran kerja pihaknya percaya pembelajaran menerusi pengalaman berbanding teori adalah lebih baik.


“Ini bukan program baru dalam YEG. Tahun-tahun sebelum ini pelajar yang mengikuti Diploma Pengurusan Hotel hanya menjalani latihan praktikal di hotel lima bintang di Malaysia.


“Tetapi bermula tahun ini, pelajar perhotelan akan belajar teori di Malaysia selama setahun selebihnya selama 18 bulan akan dihantar menjalani latihan praktikal di hotel di Dubai dan Qatar.


“Tiket penerbangan, visa, penginapan, pengangkutan dan makan minum semua disediakan selain turut menerima gaji penuh sepanjang mereka menjalani latihan praktikal di sana,” kata Hasan.


Tambah Hasan, program seumpama itu adalah yang pertama di Malaysia. Pihaknya percaya pengalaman menjalani latihan industri di luar negara memberi kelebihan kepada pelajar untuk mendapatkan pekerjaan sekembalinya mereka ke tanah air.


“Cuba bayangkan nilai pelajar yang memiliki pengalaman kerja di hotel terkemuka di Dubai dan Qatar. Itulah yang kami mahukan.


“Belajar sambil bekerja (Work Base Learning) paling terbaik kerana pelajar didedahkan dengan keadaaan semasa industri. Malah, mereka juga dengan mudah ditawarkan pekerjaan,” ujar Hasan.


Menurut Hasan, meskipun kesemua program di bawah YEG disesuaikan dengan pasaran pekerjaan, namun sijil dan diploma keluaran YEG mengikut piawaian oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).


Selain Diploma Perhotelan, YEG menerusi kempen Pesta Sambung Belajar 2023 turut menawarkan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma dalam Industri Penerbangan dan terbaharu Diploma Penguatkuasa Undang-Undang Malaysia.


Menerusi Diploma Penguatkuasa Undang-Undang Malaysia, pelajar yang menjalani pengajian selama dua tahun tiga bulan dan tiga bulan latihan industri berpeluang untuk bekerja sebagai pegawai kastam, pegawai imegresen, pengawai majlis daerah dan perbandaran serta polis bantuan.


Foto: Malis Pelancaran YEG Pesta Sambung Belajar #BelajarTerusBekerja baru-baru ini di Putrajaya.


Satu Majlis Pelancaran YEG Pesta Sambung Belajar #BelajarTerusBekerja telah diadakan di Putrajaya baru-baru ini dan dirasmikan oleh Kepten (B) Profesor Emeritus Dato' Dr. Hashim Yaacob, Pengerusi Kolej Antarabangsa Inovatif. Turut hadir ke majlis tersebut iaitu Pengarah Urusan YEG, Hassan Ithnin & Azizulhakim Suhaimi, PU Amin, PU Riz, Zarul Umbrella dan lain-lain lagi.


0 komen

תגובות


bottom of page