top of page

Afdlin, Nabil, Nabila & Aaron Buru Bintang Hiburan Baharu Bersama SocialCeleb!

  • Writer: MYB
    MYB
  • 30 Ogo
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR — Empat nama besar industri hiburan tanah air, Dato’ Afdlin Shauki, Nabil Ahmad, Nabila Huda, dan Dato’ Aaron Aziz kini bergabung tenaga dalam satu misi nasional yang bakal mengubah landskap pencarian bakat di Malaysia. Mereka menjadi tonggak utama dalam platform digital inovatif SocialCeleb, yang dilancarkan untuk mencari bintang hiburan baharu dari seluruh pelosok negara.


Afdlin, Nabil, Nabila & Aaron Buru Bintang Hiburan Baharu Bersama SocialCeleb!
Projek SocialCeleb disokong oleh barisan mentor selebriti terkemuka seperti pelakon dan pengarah Dato' Afdlin Shauki, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, pelakon Nabila Huda, serta ikon aksi Dato' Aaron Aziz.

Berbeza dengan pencarian bakat konvensional, SocialCeleb menawarkan pengalaman industri sebenar melalui workshop eksklusif, sesi uji bakat profesional, dan akses kepada produksi sebenar dalam filem, drama dan platform OTT.


Dengan hanya RM110, peserta bukan sahaja mendapat peluang keemasan untuk diketengahkan, tetapi juga menerima pakej lengkap termasuk kad SIM Lifetelco dengan 110GB data, insurans kemalangan peribadi sehingga RM50,000, dan akses kandungan eksklusif OTT.


Menurut Pengarah Rangkaian Lifetelco, Saraleana Nattaya Azmi, SocialCeleb membuka peluang sama rata kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira lokasi.


“Anda tak perlu ke Kuala Lumpur untuk ditemui. Bakat, semangat dan keyakinan sudah cukup. Kami sediakan laluan dan alat untuk anda bersinar,” katanya.


Afdlin, Nabil, Nabila & Aaron Buru Bintang Hiburan Baharu Bersama SocialCeleb!

Dato' Aaron Aziz menyifatkan inisiatif ini sebagai peluang untuk "memberi kembali" kepada industri yang telah membesarkannya. Beliau dan mentor lain bukan sahaja akan mengadili, malah turut membimbing dan membuka pintu kepada generasi pelapis dalam industri hiburan.


“Kami bukan sekadar panel juri, kami juga mentor yang membuka pintu kepada generasi baharu,” ujarnya.

Nabil Ahmad, yang berasal dari kampung, memahami cabaran untuk menembusi industri tanpa sokongan. Baginya, SocialCeleb adalah "medan latihan" sebenar yang direka untuk melahirkan bakat yang lebih bersedia.


“Ramai berbakat tapi tak tahu ke mana nak tuju. SocialCeleb ialah platform inklusif yang beri latihan, pendedahan dan peluang sebenar,” jelasnya.

Afdlin, Nabil, Nabila & Aaron Buru Bintang Hiburan Baharu Bersama SocialCeleb!

Dato' Afdlin Shauki pula menekankan bahawa SocialCeleb adalah lebih daripada sekadar pertandingan, malah merupakan platform yang serius untuk membina kerjaya yang mampan, bukan sekadar populariti sementara.


“Saya teruja kerana platform ini bukan sekadar cari populariti, tetapi membina kerjaya yang mampan,” katanya.

Sementara itu, Nabila Huda pula berpendapat platform ini memberikan makna sebenar kepada tanggungjawab sosial dalam bidang seni, dengan membantu membuka pintu kepada mereka yang mempunyai potensi besar untuk menunjukkan bakat mereka dengan lebih yakin.


“Saya teruja untuk bantu mereka yang berbakat besar tampil dengan penuh keyakinan,” katanya.

Pendaftaran untuk SocialCeleb akan dibuka secara rasmi pada 9 September 2025 di laman web rasmi mereka, www.social-celeb.com.



Komen


bottom of page