top of page
Writer's pictureMYB

Allahyarham Yazit Ahmad Terima Penghormatan Pada Konsert Gemuruh Search

Updated: Jul 1

Bekas pemain dram kumpulan rock popular Malaysia Search, Allahyarham Yazit Ahmad, diberi penghormatan semasa konsert "Gemuruh" kumpulan itu yang berlansung di Zepp KL malam tadi.


Konsert Gemuruh Search
Keluarga Allahyarham Yazit, bekas pemain dram Kumpulan Search diwakili isteri dan anak perempuannya menerima sumbangan RM10,000 dari Kementerian Komunikasi serta pihak Big Stage Entertainment, dan redONE Mobile selaku penganjur Konsert Gemuruh Search yang berlansung malam semalam di Zepp, Kuala Lumpur

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, melalui wakilnya Izhar Yusof, menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada keluarga Yazit selepas segmen 'tribute' yang ditujukan kepada pemuzik legenda itu.


Keluarga Yazit, yang diwakili isterinya Ramlah Ahmad dan anak ketiga mereka Shafiqa Nurlis, turut menerima subangan tambahan bernilai RM5,000 daripada penganjur konsert, Big Stage Entertainment dan redONE Mobile.


Dalam detik yang mengharukan, Shafiqa meluahkan rasa syukurnya sambil berkata, “Terima kasih kerana sentiasa menyokong ayah sepanjang hayatnya. Kepada semua peminat Search, tidak kira zaman mana pun, sila teruskan menyokong mereka.”


Yazit, yang meninggal dunia pada usia 57 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 26 September 2019, meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam persada muzik Malaysia.


Konsert Gemuruh Search
Amir Masdi selaku vokalis pada konsert Gemuruh Search memberikan persembahan mantap menghiburkan 2000 penonton.

Konsert "Gemuruh" selama dua jam itu menampilkan penyanyi Amir Masdi sebagai vokalis, bersama pemain gitar Noordin Mohd Taib (Din) dan Hamzah Mohd Taib (Kid), mempersembahkan seleksi 16 lagu hit Search seperti 'Pelesit Kota', 'Fantasia Bulan Madu', 'Fenomena', 'Gadisku' dan 'Pawana' di hadapan kira-kira 2,000 peminat yang bersemangat.


Konsert itu bukan sahaja meraikan legasi kumpulan itu tetapi juga berjaya menunjukkan impak muzik rock yang berkekalan.



Comments


bottom of page