top of page

Anna Jobling Ukir Sejarah di SDA 2025 – Bawa Pulang Trofi ‘Outstanding Asian Star’

  • Writer: MYB
    MYB
  • 2 Okt
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR – Pelakon muda berbakat besar, Anna Jobling, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards 2025 (SDA) yang berlangsung megah di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.


Anna Jobling Ukir Sejarah di SDA 2025 – Bawa Pulang Trofi ‘Outstanding Asian Star’
Anna bukan sahaja mencipta sejarah peribadi, tetapi turut membuktikan bahawa seni lakonan Malaysia mampu bersinar di mata dunia.

Kemenangan ini adalah hasil lakonan cemerlang Anna dalam drama ‘Hai Cinta, Dengarkanlah!’, yang bukan sahaja memikat hati penonton tempatan, malah berjaya menawan perhatian peminat antarabangsa.


Majlis anugerah berprestij ini turut disiarkan secara langsung menerusi saluran SBS TV, menyaksikan Anna berdiri sebaris dengan bintang-bintang Asia lain yang diiktiraf di pentas global.


“Saya benar-benar terharu dan amat bersyukur atas pengiktirafan ini. Trofi ini bukan sahaja untuk saya, tetapi untuk seluruh peminat, keluarga, dan pasukan produksi yang sentiasa menyokong saya. Ini adalah hadiah istimewa untuk Malaysia,” ujar Anna penuh emosi.

Trofi Outstanding Asian Star merupakan anugerah yang mengiktiraf populariti dan kebolehan pelakon yang berjaya memikat hati penonton bukan sahaja di negara sendiri, tetapi juga di peringkat antarabangsa.


Kemenangan ini secara tidak langsung meletakkan Anna Jobling sebaris dengan nama-nama besar bintang Korea Selatan dan Asia lain dalam salah satu anugerah drama paling berprestij di dunia.


Anna Jobling Ukir Sejarah di SDA 2025 – Bawa Pulang Trofi ‘Outstanding Asian Star’
Kejayaan ini membuka lembaran baharu buat Anna Jobling yang kini semakin kukuh menapak di pentas antarabangsa.

Kejayaan ini membuka lembaran baharu buat Anna Jobling yang kini semakin kukuh menapak di pentas antarabangsa. Sebagai ikon muda industri hiburan Malaysia, Anna berazam untuk terus menjadi inspirasi kepada generasi pelakon baharu agar berani bermimpi besar dan melangkah lebih jauh. Dengan pencapaian ini, Anna bukan sahaja mencipta sejarah peribadi, tetapi turut membuktikan bahawa seni lakonan Malaysia mampu bersinar di mata dunia.


Pencapaian ini juga sekali gus meningkatkan kedudukan industri drama tempatan dan memberi semangat baharu kepada para penggiat seni untuk terus menghasilkan karya berkualiti tinggi yang mampu bersaing di pasaran global.


Sempena kejayaan ini, Tonton turut meraikan pencapaian Anna dengan melancarkan kod promo eksklusif “ANNAJOBLING”, yang menawarkan langganan 3 bulan pada harga istimewa RM20 bermula 25 September 2025.


Peminat boleh menikmati drama Hai Cinta, Dengarkanlah! serta koleksi khas “Koleksi Pujaan Hati” yang turut menampilkan karya popular Anna seperti Melur Untuk Firdaus, Terima Kasih Cinta, dan Bella – Bila Cinta Bersatu.





Komen


bottom of page