top of page

Astro Angkat Tema "Bersama Lagi Jadi", Tawar Lebih 60 Sajian Baharu Sempena Ramadan 2026

  • Writer: MYB
    MYB
  • 14 jam lalu
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR – Sempena kedatangan bulan mulia Ramadan 1447 Hijrah, Astro sekali lagi menerajui penyiaran tempatan dengan melancarkan kempen terbaharunya yang bertemakan 'Bersama Lagi Jadi'. Membawa mesej bahawa setiap detik Ramadan akan menjadi lebih indah apabila diraikan bersama yang tersayang, Astro bakal menyajikan lebih daripada 60 kandungan baharu yang merangkumi genre kerohanian, drama, hiburan, dan gaya hidup di semua platform televisyen, radio, dan digitalnya.


Astro Angkat Tema "Bersama Lagi Jadi", Tawar Lebih 60 Sajian Baharu Sempena Ramadan 2026

Naib Presiden Melayu, Antarabangsa, Kanak-kanak & On Demand Astro, Azlin Reza Azmi berkata, barisan kandungan tahun ini disusun khas untuk meraikan semua peringkat usia demi mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan. Bagi memeriahkan lagi suasana, Astro turut melantik barisan selebriti ternama sebagai duta kempen termasuk Zizan Razak, kumpulan ALPHA, Sharifah Shahira, dan Auddra.


Astro Angkat Tema "Bersama Lagi Jadi", Tawar Lebih 60 Sajian Baharu Sempena Ramadan 2026

Peminat drama Melayu pastinya teruja dengan kembalinya siri fenomena, 'Andai Itu Takdirnya 2' yang mengisi slot Megadrama. Naskhah air mata karya Siti Rosmizah ini meneruskan kisah konflik rumahtangga lakonan mantap Shukri Yahaya dan Hannah Delisha.


Astro Angkat Tema "Bersama Lagi Jadi", Tawar Lebih 60 Sajian Baharu Sempena Ramadan 2026

Tidak kurang hebatnya, selepas penantian selama 11 tahun, siri komedi keluarga kegemaran ramai, 'Keluarga Iskandar 3', kembali menemui penonton dengan gabungan pelakon asal seperti Kismah Johar dan Azhar Sulaiman serta wajah-wajah baharu. Bagi penggemar naskhah berat, drama 'Sujud Terakhir Encik Norman' lakonan Sharifah Sakinah dan Aidil Aziz bakal mengupas isu akidah dan keimanan yang meruntun jiwa.


Astro Angkat Tema "Bersama Lagi Jadi", Tawar Lebih 60 Sajian Baharu Sempena Ramadan 2026

Untuk santapan rohani, saluran Astro Oasis (106) menampilkan program bual bicara inspirasi 'Halaqah Nunha' yang dikendalikan oleh pasangan selebriti popular, Neelofa dan Ustaz Haris Ismail (PU Riz). Selain itu, program unik 'Surau Hunting' akan membawa penonton menjelajah surau-surau 'Instagrammable' yang tersembunyi di sebalik hiruk-pikuk kota sambil menyingkap kisah komuniti setempat.


Dalam segmen hiburan variasi, penonton bakal dihiburkan dengan gelagat tiga ikon legenda iaitu Chef Wan, Tok Ram, dan Tok Jalal yang bergabung tenaga di dapur menerusi rancangan 'Dapur Bapak Bapak'.


Astro Angkat Tema "Bersama Lagi Jadi", Tawar Lebih 60 Sajian Baharu Sempena Ramadan 2026

Sebagai pembuka tirai, Astro telah memulakan jelajah 'Assalamualaikum' di Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 7 Februari 2026 yang lalu, di mana pelbagai aktiviti amal dan kemasyarakatan akan dijalankan bersama penduduk setempat.


Orang ramai boleh melayari laman web rasmi Astro Ramadan untuk maklumat lanjut mengenai pengisian terkini sepanjang bulan puasa ini.



Komen


bottom of page