top of page

Sentuhan Hael Husaini & Iqie Hugh, Wany Hasrita Tampil Puitis Dalam Lagu Pop Etnik 'Lembayung Tari'

  • Writer: MYB
    MYB
  • 16 minit lalu
  • 1 min membaca

PETALING JAYA – Pembuka tirai tahun 2026 menyaksikan penyanyi bervokal lunak, Wany Hasrita, kembali memeriahkan industri muzik tanah air menerusi buah tangan terbaharunya yang berjudul "Lembayung Tari". Mempertaruhkan genre Pop Etnik, karya ini disifatkan sebagai sebuah naskhah yang sarat dengan nuansa magis dan misteri.


Sentuhan Hael Husaini & Iqie Hugh, Wany Hasrita Tampil Puitis Dalam Lagu Pop Etnik 'Lembayung Tari'
Wany Hasrita kembali mempersembahkan karya terbaharu berjudul Lembayung Tari, sebuah single Pop Etnik yang mengalir lembut namun sarat dengan nuansa magis.

Lagu yang mula menemui peminat di platform digital sejak 6 Februari lalu ini merupakan hasil sentuhan emas gandingan komposer disegani, Hael Husaini dan Iqie Hugh.


Menampilkan kelainan yang segar, "Lembayung Tari" menggabungkan elemen muzik tradisional dan moden dalam satu susunan yang harmoni, sekaligus menawarkan pengalaman audio yang unik buat pendengar.


Menurut Wany, lagu ini membawa maksud yang mendalam mengenai detik peralihan cahaya di waktu senja. Ia bukan sekadar hiburan, sebaliknya digarap sebagai satu bentuk terapi jiwa yang melambangkan ketenangan dan keindahan.


Sentuhan Hael Husaini & Iqie Hugh, Wany Hasrita Tampil Puitis Dalam Lagu Pop Etnik 'Lembayung Tari'
Lembayung Tari menampilkan susunan muzik yang unik dengan gabungan elemen tradisional dan moden, ia juga sebuah karya yang bersifat puitis, lembut dan penuh emosi.
"Lembayung Tari merupakan sebuah karya yang dekat di hati kerana ia memberi ruang untuk pendengar 'berhenti seketika' daripada kesibukan hidup dan menikmati keindahan rasa melalui muzik dan seni gerak," jelas Wany mengenai intipati lagu tersebut.

Sentuhan susunan muzik oleh Iqie Hugh turut memainkan peranan penting dalam membangkitkan elemen etnik kontemporari yang misterius, menjadikan lirik yang puitis itu lebih hidup dan menyentuh emosi.



Lagu ini diterbitkan oleh Wany Hasrita Entertainment dengan kerjasama Maison Management dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. Lembayung Tari kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama bermula 6 Februari 2026.

bottom of page