top of page
  • Writer's pictureMYB

Awal Muzik Entertainment Perkenal Lapan Artis BBNU

Hari ini semakin ramai anak muda yang percaya dengan kuasa media sosial mampu membantu mereka mencipta nama dan populariti . Jesteru tidak hairan jika dilihat ramai diantara mereka mencuba nasib mereka membina nama dan pengikut di platform TikTok, Bigo, Youtube dan seumpamanya meninggalkan jauh cara lama 'talent-scouting' yang dilakukan oleh banyak label pengurusan artis suatu masa dulu serta sokongan oleh media.


Awal Muzik Entertainment

Walaupun 'trend' terkini tersebut popular, namun masih terdapat beberapa artis BBNU dibawah pengurusan Awal Muzik Entertainment (AME) yang lebih selesa dan percaya dengan cara lama dimana kerjaya seni mereka diuruskan oleh label pengurusan artis tersebut.


Kesemua mereka juga masih percaya dan berharap mendapat sokongan media dalam usaha membina tapak dalam radar industri seni meskipun ada yang mempunyai pengikut mencecah jutaan orang di laman seperti Tik Tok.


Awal Muzik Entertainment yang diterajui Saidin Noordin atau Knight Cydeen mengingatkan barisan artisnya supaya menghargai peranan media dalam membina kerjaya seni mereka.


"Ramai macam mana pun pengikut tapi kalau tiada liputan media seorang artis itu takkan ke mana.


"Media sosial penting sebagai elemen sokongan tapi media menjadi penyokong utama bagi seorang artis itu," tambahnya.



Ditubuhkan pada Mac 2019, Awal Muzik Entertainment memulakan langkah dengan pengenalan artis sulung mereka iaitu Heedan Mohd dengan lagu beliau “Yang Terakhir”.


Dalam mengorak langkah dalam bidang seni ini Heedan muncul menjadi pemenang I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 episod 11.


Artis kedua di bawah pengurusan Awal Muzik Entertinment ialah Syameer Azmi yang merupakan pendatang baru yang menjadi sensasi di sosial media kerana lagu Alah Kantoi beliau tular di media sosial Malaysia dan termasuk “global trending” di Youtube.


Dengan kuasa tular hasil daripada “content” beliau di TikTok yang meraih jutaan tontonan dan mempunyai 1.1 Juta pengikut di TikTok. Manakala muzik video beliau meraih hampir 500 ribu tontonan di YouTube .


Sementara itu artis ketiga Awal Muzik Entertainment ialah Danial Kifli, bakat baru yang menjadi sensasi di YouTube dengan single pertama berjudul Permata Istimewa.


Danial yang juga seorang YouTuber yang popular serta menjadi tumpuan setiap peringkat umur bukan saja di Malaysia, bah kan sehingga ke negara jiran kita iaitu Indonesia kerana “content prank” suara sumbang beliau yang mencecah jutaan tontonan di YouTube.


Dari kiri : Heedan Mohd, Syameer Azmi, Danial Kifli, Zul Hadi, Ilham Fitri, Dania Hatta, Khairi Afieq dan Aiman Rayn yakin bakat mereka bakal bersinar dibawah pengurusan Awal Muzik Entertainment

Bakat lain yang diuruskan Awal Muzik Entertainment adalah seperti Zul Hadi yang menjadi viral kerana mempunyai suara persis Charlie penyanyi Indonesia mencuri tumpuan netizen.


Manakala, Ilham Fitri pula mempunyai kekuatan vokal yang menyerlah dengan cara tersendiri.


Kemunculan bakat muda seperti Dania Hatta yang kini berumur 16 tahun tampil dengan kekuatan menjiwai setiap lagu yang dibawa.


Sementara itu, Khairi Afieq pula merupakan bakat baru yang baru sahaja menghabiskan SPM.


Manakala, Aiman Rayn pula merupakan seorang yang lebih kepada genre hiphop dan mempunyai keunikkan tersendiri.



Lagu 'Raya Dah Tiba' dendngan Syameer Azmi, Heedan Mohd dan Danial Kifli

Sempena Syawal kali ini, Awal Muzik telah tampil dengan dua lagu raya baru yang bertajuk Raya Dah Tiba (Syameer azmi, Heedan Mohd & Danial Kifli) dan Gembira Di Hari Raya (Ilham Fitri & Dania Hatta)

bottom of page