top of page

Bateri ASTRA Disahkan SIRIM: Bateriku Perkukuh Keyakinan Pengguna Dengan Pelancaran Makmal Kualiti

  • Writer: MYB
    MYB
  • 7 Ogo
  • 2 min membaca

SHAH ALAM — Bateriku (M) Sdn. Bhd., penyedia utama perkhidmatan bantuan tepi jalan di Malaysia, terus memperkukuh kedudukannya dalam industri automotif tempatan dengan pelancaran rasmi Makmal Kualiti Bateriku serta pengumuman bahawa semua 28 SKU bateri automotif ASTRA kini disahkan oleh SIRIM.


Bateri ASTRA Disahkan SIRIM: Bateriku Perkukuh Keyakinan Pengguna Dengan Pelancaran Makmal Kualiti
Penubuhan Makmal Kualiti Bateriku di bawah Makmal Hijau Sdn. Bhd. adalah langkah proaktif Bateriku untuk memperkukuhkan lagi kawalan mutu dalaman.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Shah Alam telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dan turut dihadiri oleh wakil SIRIM Berhad serta pemain industri automotif.


ASTRA, yang telah terjual lebih 1 juta unit sejak tiga tahun lalu, kini menjadi satu-satunya jenama bateri automotif di Malaysia yang menerima pensijilan penuh SIRIM IEC 60095 untuk semua jenis bateri termasuk bateri MF, EFB dan AGM. Pensijilan ini menandakan pematuhan terhadap piawaian keselamatan dan kualiti antarabangsa.


Makmal Kualiti Bateriku yang baharu ditubuhkan di bawah Makmal Hijau Sdn. Bhd. berfungsi sebagai pusat ujian dalaman untuk menilai prestasi, ketahanan dan keselamatan bateri ASTRA secara menyeluruh. Langkah ini dilihat sebagai usaha strategik untuk meningkatkan kawalan mutu dan ketelusan produk tempatan.


Bateri ASTRA Disahkan SIRIM: Bateriku Perkukuh Keyakinan Pengguna Dengan Pelancaran Makmal Kualiti
SIRIM IEC 60095 yang diperolehi ASTRA adalah sejajar dengan piawaian antarabangsa untuk keselamatan dan kualiti. Ini menjadikan ASTRA satu-satunya jenama bateri automotif yang mendapat pensijilan untuk semua 28 SKU produknya, termasuk Bateri MF, Bateri EFB, dan Bateri AGM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Tuan Haji Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari, ASTRA bukan sekadar bateri, tetapi satu janji terhadap kualiti, sokongan selepas jualan dan ketenangan fikiran pengguna. Beliau menekankan bahawa ASTRA adalah satu-satunya jenama bateri yang menawarkan Perlindungan Insuran Takaful Kemalangan Diri (GPA) percuma sehingga RM7,000 serta waranti nasional yang membolehkan pengguna mendapatkan bantuan di mana sahaja di Malaysia.


“Kenapa ASTRA menjadi pilihan mekanik? Kerana mereka tidak perlu lagi melayan tuntutan waranti pelanggan. Segalanya diuruskan oleh Bateriku melalui 225 pitstop di seluruh negara dan talian hotline 24 jam,” ujar beliau.

YBhg. Datuk Hanafi turut memuji ekosistem Bateriku yang merangkumi juruteknik gig bergerak (BHero), usahawan (BPreneur), rakan bengkel dan trak tunda (BBuddy), serta inisiatif lestari seperti Briged Hijau yang mengurus pelupusan bateri lusuh dan sisa elektronik secara berhemah.


Dengan pelancaran Makmal Kualiti dan pensijilan SIRIM, Bateriku membuktikan bahawa syarikat tempatan mampu bersaing bukan sahaja dari segi harga, tetapi juga dari sudut kualiti dan ketelusan kawalan mutu.



Komen


bottom of page