top of page
  • MYB

CM Live Anjur Konsert Empat Kumpulan K-Pop Ternama Dalam SEEN FESTIVAL in Kuala Lumpur 2023

CM Live bakal menganjurkan persembahan konsert empat kumpulan K-Pop ternama Korea Selatan seperti NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE di atas satu pentas bagi menghiburkan peminat tempatan dengan penganjuran konsert SEEN FESTIVAL in Kuala Lumpur 2023, bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 28 Januari akan datang.


Impian peminat NCT DREAM untuk menonton persembahan mereka pasti menjadi kenyataan. Kumpulan yang popular dengan lagu Chewing Gum dan My First and Last serta lagu-lagu hits yang lain itu memulakan kerjaya mereka pada 2016 di bawah pengurusan SM Entertainment.


NCT DREAM mencipta sejarah K-pop apabila mereka menjadi kumpulan termuda yang mencapai status jutawan menerusi penjualan album penuh pertama mereka iaitu Hot Sauce.


Menyertai barisan festival ialah WayV, yang bermaksud "We Are Your Vision", kumpulan lelaki yang ditubuhkan oleh SM Entertainment. Mereka memulakan kerjaya pada tahun 2019 dengan album single digital The Vision dan memenangi Anugerah Artis Asia Baharu Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet pada tahun yang sama. Berikutan penampilan mereka di SMTOWN Live 2022 pada Ogos tahun ini, mereka membuat kemunculan semula dengan album mini keempat mereka Phantom pada bulan Disember.



Turut memeriahkan SEEN FESTIVAL ialah kumpulan KARD bersama empat ahli iaitu BM, J.seph, Somin dan Jiwoo. Mereka memulakan kerjaya pada penghujung 2016 dengan single Oh NaNa dan kemudiannya mencipta fenomena dengan Don't Recall yang mendapat perhatian besar bukan sahaja di seluruh Asia tetapi juga dunia Barat, menandakan kuasa bintang mereka merentasi sempadan.



Turut membuat persembahan pada festival itu ialah kumpulan gadis 7 ahli ALICE yang terdiri daripada Do-A, Yeonje, Yukyung, Sohee, Karin, EJ dan Chaejeong yang masing-masing melambangkan hati, angin, air, langit, hutan, bintang dan bulan. ALICE membuat penampilan sulung mereka pada tahun 2017 dengan keluaran mini album pertama mereka WE, dan terkenal dengan rangkaian hits mereka termasuk Pow Pow, Summer Dream, JACKPOT, Power Of Love dan DANCE ON.



Sebagai kelainan dengan festival muzik yang lain, SEEN FESTIVAL di Kuala Lumpur 2023 akan mengadakan SEEN ZONE khas untuk peminat merasai detik mendebarkan apabila mata mereka bertemu mata idola mereka. Nantikan kerana tiket dan maklumat lain akan diumumkan tidak lama lagi.


0 comments
bottom of page