top of page

Demam Bukan Penghalang! Bella Astillah Tampil Ceria Menerusi Lagu Raya 'Catchy', "Ya Raya"

  • Writer: MYB
    MYB
  • 40 minit lalu
  • 1 min membaca

KUALA LUMPUR – Semangat Aidilfitri tahun ini bakal disemarakkan lagi dengan kehadiran buah tangan terbaharu daripada penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah, menerusi single berjudul "Ya Raya". Lagu yang sarat dengan elemen keceriaan dan kesyukuran ini merupakan hasil ciptaan Rudeen dan Exactesy, serta diterbitkan oleh Exactesy.


Demam Bukan Penghalang! Bella Astillah Tampil Ceria Menerusi Lagu Raya 'Catchy', "Ya Raya"

Di sebalik kemeriahan melodi lagu tersebut yang menggabungkan elemen moden dan tradisional, Bella mendedahkan satu situasi yang tidak disangka ketika proses pembikinan lagu ini. Menurut Bella, beliau sebenarnya sedang menanggung kesakitan ketika sesi rakaman berlangsung.


"Cabaran utama masa rakaman adalah nak kekalkan tenaga dan keceriaan dalam vokal tanpa kedengaran dibuat-buat, sebab masa 'recording' Bella sebenarnya demam dan kurang sihat," dedah Bella.
Demam Bukan Penghalang! Bella Astillah Tampil Ceria Menerusi Lagu Raya 'Catchy', "Ya Raya"

Namun, semangat profesionalisme yang tinggi serta kekuatan melodi lagu tersebut, terutamanya pada bahagian korus yang disifatkan sangat 'catchy', membuatkan suasana di studio menjadi gamat sehingga semua yang terlibat turut menyanyi bersama.


Lagu "Ya Raya" turut menyaksikan kolaborasi istimewa antara Bella dan jenama gaya hidup terkenal, Fipper. Menurut wakil Fipper, pemilihan Bella sebagai wajah kolaborasi adalah tepat kerana imejnya yang positif, autentik dan dekat dengan masyarakat Malaysia, selari dengan nilai jenama mereka.


Bella menyifatkan lagu ini sebagai sebuah karya yang ringan, penuh rasa syukur, dan sangat sesuai untuk meraikan masa bersama keluarga dan sahabat handai.


Demam Bukan Penghalang! Bella Astillah Tampil Ceria Menerusi Lagu Raya 'Catchy', "Ya Raya"
"Harapan saya semoga 'Ya Raya' boleh jadi lagu yang menemani momen bahagia, bukan sahaja tahun ini tapi tahun-tahun akan datang," ujar Bella yang mahu peminat menghargai masa bersama insan tersayang.

Peminat boleh mula mendengarkan "Ya Raya" di semua platform penstriman digital bermula 13 Februari 2026.



Komen


bottom of page