top of page

“Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih” : Filem Terbaru Benni Setiawan Bikin Jiwa Bergelora

  • Writer: MYB
    MYB
  • 2 Okt
  • 1 min membaca

KUALA LUMPUR – Pengarah tersohor Benni Setiawan, yang pernah mencetus fenomena menerusi siri Layangan Putus, kini kembali dengan karya terbaharu berjudul 'Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih'. Filem ini bukan sekadar drama percintaan biasa, tetapi menyentuh isu rumah tangga yang jarang diketengahkan iaitu ‘cina buta’.


“Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih” : Filem Terbaru Benni Setiawan Bikin Jiwa Bergelora

Ditulis oleh penulis prolifik Garin Nugroho (Opera Jawa, Samsara), filem ini mengangkat dilema pasangan Alfa (Mikha Tambayong) dan Darian (Kevin Ardilova) yang terperangkap dalam aturan agama selepas talak tiga.


Demi memenuhi syarat rujuk, Alfa terpaksa berkahwin dengan lelaki lain bernama Zainun (Ibrahim Risyad), seorang suami idaman yang sempurna dari segi rupa, akhlak dan ilmu agama.


“Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih” : Filem Terbaru Benni Setiawan Bikin Jiwa Bergelora

Namun, perkahwinan yang dirancang sebagai jalan keluar mula menjadi rumit apabila Darian mula cemburu dan campur tangan dalam kehidupan rumah tangga Alfa dan Zainun. Konflik semakin memuncak apabila Darian bertemu Intan (Tissa Biani), seorang gadis pemilik kedai botol kaca antik yang membuka lembaran baru dalam hidupnya.


Filem ini membawa penonton menyelami emosi cinta lama yang penuh luka dan harapan baru yang menjanjikan kebahagiaan. Ia mengajak kita bertanya, adakah lebih baik kembali kepada cinta yang pernah menyakitkan, atau melangkah ke masa depan bersama seseorang yang memberi ketenangan?



Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih merupakan terbitan Soex Entertainment dan akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 2 Oktober, diedarkan oleh Horizon Film Entertainment. Jangan lupa untuk pergi menonton!



Komen


bottom of page