DJ Lin Menang 'Hat-trick' Sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai oleh Reader's Digest
top of page
  • Writer's pictureMYB

DJ Lin Menang 'Hat-trick' Sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai oleh Reader's Digest

Pengurus besar yang juga penyampai radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin sekali lagi berjaya dinobatkan sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia dalam anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2023 baru-baru ini. Ini merupakan pengiktirafan buat kali ketiga secara 'hat-trick' yang diterima oleh beliau sepanjang lebih 24 tahun berada dalam industri radio tanah air.


DJ Lin menerima pengiktirafan sekali lagi sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai pada acara penyampaian anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2023 yang berlansung baru-baru ini.

Menurut DJ Lin yang popular menerusi segmen Suria Cinta, beliau bersyukur dan menganggap pengiktirafan tersebut sebagai bukti dirinya masih relevan meskipun berdepan kedatangan muka baharu dalam industri penyiaran radio.


DJ Lin

“Alhamdulillah, saya sangat berbesar hati dan teruja untuk menerima anugerah berprestij daripada reader’s digest buat kali ketiga. Perasaan ini sukar untuk digambarkan kerana setelah lebih 24 tahun berkecimpung dalam industri radio tanah air, rakyat Malaysia masih mengundi dan menyokong saya sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai.


"Terima kasih buat pihak penganjur, Majalah antarabangsa, Reader’s Digest dan juga buat keluarga, rakan rakan media, para peminat dari seluruh negara, juga tidak dilupakan keluarga besar Suria FM dan pihak pengurusan Star Media Group Berhad yang banyak berjasa kepada saya sepanjang berkhidmat sebagai seorang Penyampai Radio."


Ujarnya lagi, dengan pengiktirafan ini beliau akan terus berusaha untuk berikan yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia khususnya buat pendengar setia Suria Cinta dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih buat para pendengar yang sentiasa menyokong Suria FM.



Lebih menarik, anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai bagi tahun ini merupakan anugerah ke-13 buat DJ Lin. Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke-25 mengiktiraf jenama yang dipercayai berdasarkan undian daripada 8,000 individu yang telah dipilih daripada 5 negara antaranya Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.


Terus dengarkan Suria Cinta setiap hari Ahad hingga Jumaat pada jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi di frekuensi Suria FM atau menerusi aplikasi Suria Malaysia dan saluran youtube Suria TV. Juga ikuti media sosial @djlinsuriacinta untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai DJ Lin.

bottom of page