DJ LIN Terharu Rai Ulangtahun Bersama Kelab Peminat
top of page
  • Writer's pictureMYB

DJ LIN Terharu Rai Ulangtahun Bersama Kelab Peminat

Demi peminat tersayang, penyampai radio paling popular di Malaysia, DJ Lin menerusi kelab peminatnya, ‘DJLINFollowers’ telah menganjurkan sebuah majlis bersempena dengan sambutan ulang tahun beliau bersama peminat-peminat di Selatan tanah air pada 28 Januari lalu .


Kesayangan Dj Lin... antara ahli -ahli kelab peminat 'DJLINFollowers' yang sempat mengabadikan kenangan manis bersama Dj Lin pada sambutan ulangtahun beliau di Melaka baru-baru ini

Majlis yang telah diadakan di Restoran Rumah Makan 100 Tahun, Ujong Pasir, Melaka itu menjadi destinasi pertama DJ Lin dalam siri jelajah bertemu peminat bagi tahun 2023, menyaksikan lebih 100 orang tetamu hadir rata rata merupakan peminat setia DJ LIN.


DJ Lin yang juga penyampai radio Suria FM sangat dekat di hati peminatnya menerusi slot ‘Suria Cinta’ yang ke udara 6 hari seminggu (Ahad hingga jumaat) bermula 8 malam hingga 1 pagi. Menurut beliau, ini adalah kali pertama sesi bertemu peminat di adakan di Selatan dan Melaka menjadi negeri pertama.

 

“Lin berasa sangat terharu di atas sambutan hebat yang diberikan oleh peminat Lin di Selatan ini dan lebih bermakna, ada yang sanggup datang dari Muar,Johor Bahru, Pahang, Shah Alam, Perak dan Negeri sembilan.


"Ternyata sokongan peminat tidak berbelah bagi terhadap DJ LIN, kerana bukan sahaja peminat baru malahan ada antara yang hadir merupakan peminat DJ Lin lebih 12 tahun lalu sejak kelab peminat ‘DJLINFollowers’ mula ditubuhkan pada tahun 2010,” ujarnya.

 

Kegembiraan jelas terpancar pada setiap wajah ahli kelab peminat 'DJLINFollowers' sepanjang majlis berlansung.

Majlis yang bertemakan tradisional itu bermula sekitar jam 8 malam dan dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Safwan Matsani diikuti ucapan pembukaan oleh wakil restoran ‘Rumah Makan 100 tahun’. Pelbagai aktiviti menarik yang menawarkan hadiah istimewa telah diadakan antaranya peraduan ‘Teka Tajuk Filem Klasik’ ‘Sambung Lagu Tradisional’, ‘Tiru gaya Dj Lin’ juga pertandingan karaoke yang menyaksikan penyertaan dari peminat, rakan artis serta rakan media.


Lebih bermakna lagi apabila DJ LIN berkongsi bicara bersama peminat yang hadir dan lebih menyentuh hati apabila DJ LIN memaklumkan keadaan kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya sejak dimasukkan ke hospital pada minggu lalu namun demi tidak mahu menghampakan peminat, beliau kuatkan semangat untuk datang ke Melaka bagi menyempurnakan majlis 'gathering' yang telah dirancang sejak hujung tahun lalu.


Dj Lin terharu atas sambutan yang diberikan peminat-peminat berbilang usia di Selatan tanah air.

 

“Peminat adalah segalanya bagi saya selain keluarga. Tanpa peminat,’ DJ LIN’ bukanlah siapa siapa. Sokongan padu peminat yang tak berbelah bagi selama 23 tahun berada di dalam industri radio di Malaysia adalah tunjang kekuatan saya berdepan dengan apa juga cabaran, dugaan dan halangan yang ditempuhi.


Saya kuat demi peminat dan saya terus bertahan juga adalah berkat doa dari peminat. Oleh kerana itu, saya akan cuba seterdaya dan semampu saya untuk sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat peminat tercinta.Tahun 2023 sangat istimewa kerana dapat meraikan sambutan ulang tahun saya yang ke-47 bersama peminat tercinta.


Moga semua sudi untuk terus mendoakan saya segera pulih dari apa jua sakit yang sedang dihadapi dan doakan juga agar saya dapat terus fokus mengemudi Suria FM dan impian saya pada tahun ini untuk mencipta lebih banyak kejayaan baru buat Suria FM”, tambah Dj Lin.

 

Ikuti perkembangan terkini DJ LIN di semua platform media sosial beliau, twitter, instagram dan Tiktok @djlinsuriacinta juga like dan follow fan page facebook ‘DJ LIN (SURIACINTA SURIA FM’.




bottom of page