Drama 'Syurga Bukan Pilihan' Hiasi Slot Tiara Di Astro Prima
top of page
  • Writer's pictureMYB

Drama 'Syurga Bukan Pilihan' Hiasi Slot Tiara Di Astro Prima

Astro Prima membawa pertaruhan terkini mereka dalam sebuah drama adaptasi novel iaitu ‘Bukan Syurga Pilihan’, melalui slot Tiara yang menampilkan kisah seorang wanita yang sering terperangkap dalam perkahwinan yang penuh onak duri mengharungi penderaan dalam sebuah hubungqn suami isteri yang pada awalnya dibina atas dasar kasih sayang.



Drama bersiri 40 episod ini memaparkan kehidupan Tihani yang sedang hangat dilamun cinta bersama Zaid yang menjanjikan bahagia buat selamanya. Janji manis ini mungkir apabila Zaid yang rupanya seorang kaki pukul melafazkan talak tiga ketika mereka sedang bergaduh. Tihani kemudian didatangi Megat Ariff yang ingin meminangnya, tanpa mengetahui yang Megat Ariff juga sedang melarikan diri daripada dikahwinkan dengan Sofea, gadis pilihan ibunya Dato’ Ilya.


Perkahwinan yang pada awalnya tiada apa-apa makna, kemudian dihadiri perasan cinta. Namun malang buat Tihani, perkahwinan kedua ini turut dipenuhi onak duri apabila diganggu oleh Zaid dan Sofea yang merancang untuk menjatuhkan Tihani dengan pelbagai khianat. Dalam mengejar kebahagiaan dalam hubungan perkahwinannya, Tihani sekali lagi terperangkap dalam kehidupan yang lebih sengsara apabila Megat Ariff sendiri mempercayai fitnah mengenainya dan berubah menjadi kasar.



Drama ini merupakan hasil arahan pertama pelakon Ungku Ismail Aziz dalam slot Tiara yang diadaptasi daripada novel bertajuk ‘Gantung’ oleh AH Clans di samping menjadi salah satu pelakon utama bersama-sama dengan Nadiya Nisaa sebagai Tihani, Fezrul Khan sebagai Zaid, Aishah Ilias sebagai Sofea dan Azizah Mahzan sebagai ibu kepada Megat Ariff, Dato’ Ilya. Runut bunyi untuk drama rantaian ini termasuk lagu ‘Tersakiti’ oleh Fai Ramli yang dihasilkan oleh KRU Music.


‘Bukan Syurga Pilihan’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 2 Januari 2023, jam 6.00 petang secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.


Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.



bottom of page