top of page
Writer's pictureMYB

Elemen Cinta Dan Aksi Warnai Filem FANNA

Filem baru terbitan Jaguar Lim Films & Production - 'Fanna' menggabungkan elemen cinta aksi permotoran dikalangan wanita serta gangsterism ala mafia sebagai kelainan di dalam filem terbaru keluaran mereka.



Filem bergenre aksi arahan sutradara Andy W.S Liew ini dibintangi oleh pelakon hebat Syafie Naswip sebagai teraju utama digandingkan bersama Fify Azmi, yang merupakan pelakon wanita yang mempunyai kemahiran melakukan babak aksi. Filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Colleen Rosanna Augustin, Andy Black Tan, Rashid Salleh, Charles Nilbert, Kenji Sawahii, Sahronizam, Roy Azman dan Aleza Shadan.

 

SINOPSIS


Filem ini mengisahkan Fanna (Fify Azmi), seorang gadis yang menghidap kanser, menemui cinta pertamanya dengan Shafik (Syafie Naswip) yang merupakan anak seorang ketua kongsi gelap. Malangnya cinta mereka mula berputik di penghujung nyawa Fanna apabila penyakit kanser yang dihidapinya menyerang dengan lebih ganas.



Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. Keadaan menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu Shafik cuba

menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black. Menyedari bahaya yang menanti, Shafik dan Fanna melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara.


Apa kesudahannya kisah cinta Fanna dan Shafik? Saksikan filem Fanna di pawagam seluruh negara bermula pada 28 September 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Filem Fanna.

Comments


bottom of page