• MYB

Erra Fazira Terbeli Rumah Berhantu?

Memiliki kediaman sememangnya menjadi impian setiap individu. Mencari kediaman idaman bukanlah kerja yang mudah . Banyak faktor yang perlu difikirkan terutamanya faktor harga, lokasi, keselamatan dan lain-lain. Kelalaian pembeli kadangkala mengundang masalah besar setelah geran rumah bertukar tangan.


Itu yang dialami Erra Fazira baru-baru ini, apabila pelakon itu terbeli sebuah rumah teres satu tingkat yang 'berhantu', ditawarkan pada harga dibawah pasaran semasa bernilai RM200,000. Menurut Erra, setelah mendiami rumah tersebut bersama anaknya, beliau telah mengalami 'gangguan mistik' yang keterlaluan sehingga mengganggu emosi beliau dan anak perempuannya. Kasihan Erra.....


Itu merupakan sinopsis ringkas filem terbaru bergenre seram lakonan Erra Fazira yang bakal menemui penonton pada penghujung Februari nanti. Erra Fazira mengakui, jalan cerita yang diberitahu oleh pengarah filem tersebut, mendiang Kay membuatkan dia menerima tawaran tersebut kerana wataknya yang dekat dengan pengalaman hidupnya.


Erra Fazira

Erra memberitahu pengalaman beliau sebagai seorang ibu tunggal kepada seorang anak perempuan membuatkan primadona filem Melayu ini menerima tawaran beraksi dalam filem seram yang diberi judul 'Rumah'.


"Saya tertarik dengan apa yang mendiang beritahu dan gambarkan sementelah saya juga seorang ibu tunggal kepada seorang anak perempuan.


"Jadi sedikit sebanyak saya ada pengalaman yang berkait dengan jalan cerita filem ini," katanya ketika ditemui di sesi prebiu filem itu.


Erra mengakui, sebagai pelakon dia memberikan yang terbaik dan berusaha menjayakan watak yang dibawa dengan berkesan.Bergandingan dengan Puteri Balqis, bintang filem Sembilu itu mengakui tidak berdepan dengan masalah kerana menganggap pelakon berkenaan seperti anaknya.


"Sebagai pelakon kita berikan yang terbaik dan hasilnya ialah secara berpasukan. Saya puji muzik filem ini menarik.


"Mendiang pengarahnya juga seorang yang sangat berani memberi peluang kepada bakat baharu dalam filem arahan ya dan bagi saya ia satu hal yang positif," katanya.


Ketika diajukan soalan berkenaan penerimaan penonton terhadap filem lakonannya itu, Erra menyerahkan kepada mereka sepenuhnya untuk menilai.


"Saya sangat positif apabila menerima tawaran dan bila hasilnya siap adalah sesuatu yang di luar kawalan," katanya.


Rumah
Filem terbaru lakonan Erra Fazira, Rumah bakal menemui pada penonton 24 Faruari 2021

Filem Rumah bakal menemui penonton pada 24 Februari ini mengisahkan mengenai ibu tunggal yang berdepan dengan misteri setelah membeli sebuah rumah demi memberikan keselesaan kepada anak perempuannya.


Erra juga memberitahu sedang sibuk dengan projek album baharunya serta jenama Heyrra yang dilancarkan baru-baru ini.


Kredit foto : fb/erra fazira official

0 comments