top of page
  • Writer's pictureMYB

EXISTS Bakal Adakan Konsert Di Sarawak

Nama Exists sudah tidak perlu diperkenalkan kepada peminat muzik tanah air, terutama buat mereka yang lahir sekitar tahun 90-an. Apa lagi dengan segudang pengiktirafan, sudah lebih 31 tahun teguh dalam belantika muzik sehingga sering menjadi rujukan pemuzik masa kini, untaian lagu Exists sudah lama menjadi siualan dan nostalgia buat penggemarnya tidak kira di mana berada.


Kumpulan Exist

Exists yang sering membuat kemunculan dalam siri konsert di Semenanjung dan membuat banyak hati peminat di luar ‘membara’ kini siap membalas jasa penggemar muzik mereka di Borneo, terutama Sarawak.


ImagineX selaku penganjur konsert dengan bangga bakal menerbangkan Exists lewat Konsert Exists Resolusi di Sarawak yang dijadualkan berlansung pada 27 Mei 2023 ini.


Konsert Exists Resolusi yang bakal menggegarkan Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS Indoor Stadium) itu, akan bermula pada jam 9 malam, diharap mampu meninggalkan sebuah lagi momen terbaik dan tak terlupakan yang akan diberikan sepenuh hati oleh Exists.


“Pertamanya selaku penganjur kami sangat bersyukur kerana di bawah payung Exists Resolusi, semua siri konsert ini di Semenanjung berjalan sukses dan mendapat sambutan luar biasa.


“Jadi sejak itu, kami di ImagineX sangat ingin membawa Exists Resolusi ke Borneo termasuk Sarawak kerana percaya peminat kumpulan ini cukup ramai di sini.


“Kami juga percaya seperti mana Exists sangat ingin mempersembahkan karya mereka secara langsung kepada peminat di Sarawak, begitu juga penggemar yang sudah terlalu lama menanti kunjungan mereka ke sini.


“Jangan sampai terlepas kerana Exists Resolusi di Sarawak akan menjadi momen terbaik dan nostalgia paling epik yang diperoleh pada tahun ini,” ujar Encik Amir Shah Daud dari ImagineX.


Bagi Exists sendiri, kesempatan membuat persembahan bersama anggota asal iaitu Ajai, Ujang, Musa dan Along termasuk vokalis Mamat bersama dua orang penyanyi jemputan iaitu Pasya dan Eiz di Sarawak adalah satu lagi tanda aras bahawa pemuzik tempatan masih punya kuasa besar dalam menakluk hati peminat.



 

“Exists Resolusi di Sarawak an menjadi sebuah tanda aras yang baik bukan sahaja untuk kami, tetapi kepada pemuzik tempatan umumnya selepas aktiviti hiburan seperti konsert ‘terhenti’ sebentar kerana pandemik COVID 19.


“Tentulah Exists menjanjikan persembahan terbaik dan untaian lagu yang sangat dirindukan peminat untuk kami bawakan di Sarawak nanti.


“Tunggu kedatangan kami dan siap sedia untuk menyanyi bersama,” ujar Ajai.

 

Tiket berharga RM95, RM195, RM295 dan RM450 (meet & greet) boleh didapati dengan melayari www.tickets2u.com. Tiket mula dijual pada 3 Februari 2023 pada jam 3 petang.

bottom of page