Fasa ke-3 Mitsui Outlet Park KLIA Kini Dibuka
top of page
  • Writer's pictureMYB

Fasa ke-3 Mitsui Outlet Park KLIA Kini Dibuka

MFMA Development Sdn Bhd, usaha sama antara Mitsui Fudosan Co. Ltd (Mitsui Fudosan) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports), telah membuka Fasa 3 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) kepada orang ramai pada 24 April 2022 .


Fasa ke-3 Mitsui Outlet Park KLIA kini dibuka kepada orang ramai

Fasa 3 menampilkan zon sukan paling bergaya serta pelbagai pilihan kelengkapan kediaman dan kehidupan kontemporari. Kedai-kedai ini menawarkan pelbagai pilihan baharu kepada pembeli serta pengalaman memilih barangan yang lebih baik, acara dan perkhidmatan dalam kedai yang eksklusif serta pemaparan barangan yang inovatif.


Fasa 3 dengan keluasan lantai kasar berukuran 82,885 kaki persegi menempatkan dua kedai baharu – 'OBJET' dan 'COURTS' serta kedai konsep baharu oleh adidas, Nike dan PUMA.


GALERI


OBJET menawarkan pelbagai barangan dan produk yang direka untuk melengkapkan setiap ruang kediaman, dari dapur ke ruang makan dan ruang tamu ke bilik tidur dan bilik mandi. Sama ada hiasan berseni atau ringkas, mewah atau selesa, berlebihan atau minimalis pasca moden, OBJET menyediakan sesuatu yang sesuai dengan mood, gaya dan cita rasa yang berbeza untuk apa jua keadaan. OBJET di MOP KLIA ialah outlet pertama seumpamanya di Malaysia.


Sementara itu Courts Malaysia, peruncit elektronik dan perabot di Malaysia menawarkan pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan dengan ruang pameran dan jualan mesra pengguna yang menawarkan pelbagai pilihan daripada produk elektrik, IT, perabot dan peralatan tempat tidur.


Menjadi kebanggaan MOP KLIA apabila kedai konsep adidas Factory Outlet yang baharu dibuka ini merupakan cawangan outlet terbesar di Asia Tenggara yang menawarkan konsep outlet premium dengan membawakan produk bertaraf tinggi merentasi pelbagai kategori sukan.


Sementara itu kedai konsep PUMA pula merupakan outlet besar yang pertama bagi jenama ini. Ini merupakan sebuah lagi kedai sukan menarik yang boleh dinantikan oleh pembeli, yang juga merupakan kedai terbesar di Asia Tenggara.


Turut berada dalam zon sukan Fasa 3 ialah kedai konsep Nike yang pertama iaitu Nike Unite KLIA. Kedai ini mencerminkan hati dan jiwa masyarakat – meraikan kebanggaan tempatan daripada mercu tanda kepada atlet tanah air. Kedai ini ialah gelanggang di negara sendiri yang mendekatkan pembeli kepada sukan.


Bersempena dengan pembukaan rasmi Fasa 3, MOP KLIA akan menghadiahkan Toyota Rush kepada seorang pemenang bertuah melalui peraduan. Pembeli berpeluang menyertai peraduan dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam dua resit maksimum. Namun begitu, sekurang-kurangnya satu resit mestilah daripada salah satu cawangan terpilih iaitu adidas Factory Outlet, COURTS, Nike Unite KLIA, OBJET atau PUMA Factory Outlet Concept Store.


En. TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA sewaktu majlis pelancaran fasa ke-3 Mitsui Outlet Park , KLIA

TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA berkata pelancaran Fasa 3 adalah tepat pada masanya untuk mengalu-alukan peningkatan trafik pengunjung di pusat beli-belah itu.


“MOP KLIA semakin popular sebagai destinasi membeli-belah untuk barangan berjenama dan pusat beli-belah ini telah menyaksikan peningkatan yang besar bagi bilangan pengunjung dalam kedai-kedainya sejak beberapa tahun lalu. Pencapaian MOP KLIA meningkat pada musim cuti lalu, yang membawa kepada kejayaan jualan akhir tahunnya yang berlangsung dari Disember 2021 hingga pertengahan Januari tahun ini,” katanya.


Sebagai tambahan kedai berkonsep besar baharu, MOP KLIA juga telah meningkatkan kapasiti tempat letak keretanya untuk memenuhi peningkatan trafik masuk ke pusat beli-belah itu.


Dengan pembukaan rasmi fasa baharu, pembeli juga boleh menikmati jualan dan tawaran istimewa yang berpatutan, selain daripada promosi Hari Raya yang sedang berlangsung mulai 1 April hingga 8 Mei 2022.


MOP KLIA terletak di lokasi strategik hanya 8 minit dari KLIA dan klia2 dan lebih kurang 45 minit dari Pusat Bandar KL. Pusat beli-belah ini mudah diakses melalui pelbagai lebuh raya seperti ELITE, LDP, KESAS, Lebuhraya MAJU, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah dan NKVE. Untuk ke MOP KLIA juga mudah kerana terdapat banyak perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan.


Untuk maklumat lanjut tentang tawaran, promosi dan acara yang akan datang di MOP KLIA, sila layari www.mitsuioutletparkklia.com.my atau www.facebook.com/MOPKLIA.


bottom of page