top of page

Fattah Amin Dilantik Duta Rasmi RISSA Skin, Jenama Kecantikan Tempatan Yang Kian Melonjak

Writer's picture: MYBMYB

MUTIARA DAMANSARA - Jenama kecantikan tempatan, RISSA Skin, mengukir sejarah baharu dalam industri kosmetik Malaysia dengan pengumuman pelantikan pelakon popular, Fattah Amin sebagai duta rasmi produk krim malam mereka dalam majlis minum petang yang berlangsung di Hotel Royale Chulan petang tadi.


Fattah Amin Dilantik Duta Rasmi RISSA Skin, Jenama Kecantikan Tempatan Yang Kian Melonjak
(Kiri-kanan) Madam Nurul Ain Syahera bersama suami yang juga merupakan Pengasas RISSA Skin, Tuan Haji Ahmad Shah Rizal menyempurnakan majlis penyerahan lantikan duta jenama kepada Fattah Amin dalam satu majlis yang berlansung di Hotel Royale Chulan, petang tadi.

Pelantikan ini merupakan satu lagi langkah strategik RISSA Skin selepas kejayaan cemerlang kolaborasi terdahulu bersama Fattah Amin untuk produk Putey Whitening Coffee mereka. Majlis yang dihadiri golongan elit industri kecantikan dan media ini turut meraikan para pemenang bertuah yang berpeluang menikmati sesi minum petang eksklusif bersama pelakon tersebut.


"Saya amat berbesar hati menerima pelantikan sebagai duta Intensive Repair Night Cream RISSA Skin. Semoga kerjasama ini dapat membantu mengembangkan lagi jenama RISSA Skin ke tahap yang lebih tinggi," kata Fattah Amin yang kelihatan bergaya dalam sut putih di majlis tersebut.


Fattah Amin Dilantik Duta Rasmi RISSA Skin, Jenama Kecantikan Tempatan Yang Kian Melonjak
Koloborasi RISSA Skin bersama Fattah Amin menerusi kempen produk Putey Whitening Coffee sebelum ini berjaya membawa jenama itu mencapai sasaran jualan melebihi RM5 juta dalam tempoh yang singkat.

Pengasas RISSA Skin, Haji Ahmad Shah Rizal, berkongsi bahawa syarikat tersebut telah mencapai pertumbuhan memberangsangkan, terutamanya melalui strategi pemasaran digital di platform TikTok.


"Kami bersyukur kerana produk RISSA Skin terus mendapat kepercayaan pengguna. Maklum balas positif daripada pelanggan adalah bukti kejayaan usaha kami menghasilkan produk berkualiti tinggi," ujar beliau.


Fattah Amin Dilantik Duta Rasmi RISSA Skin, Jenama Kecantikan Tempatan Yang Kian Melonjak
Sebagai duta jenama RISSA Skin, Fattah Amin kini sedang giat mempromosikan produk terbaru Intensive Repair Night Cream RISSA Skin

RISSA Skin kini sedang giat mengembangkan sayap ke pasaran serantau, dengan tumpuan khusus kepada Indonesia, Brunei dan Singapura. Jenama ini terkenal dengan penggunaan bahan-bahan premium semula jadi dan teknologi moden dalam penghasilan produk penjagaan kulit mereka.


Pengiktirafan yang di terima oleh RISSA Skin pada majlis Anugerah Nona Superwoman 2024 yang berlansung baru-baru ini serta memiliki pengesahan ujian makmal daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) turut meletakkan jenama produk kecantikan itu sebaris dengan produk kecantikan yang berkualiti yang ada dipasaran hari ini serta boleh digunakan tanpa rasa was-was.


Ketika ini, RISSA Skin sedang merangka strategi pengembangan yang lebih agresif di peringkat antarabangsa, sambil mengekalkan komitmen mereka untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat untuk pengguna. Untuk maklumat terkini, orang ramai boleh mengikuti Rissa Skin di platform media sosial TikTok (@rissaskin) dan Instagram (@rissaskin.hq).



Comments


bottom of page