Filem Banglo Seksyen 12 Angkat Tema Seram Kisah Ahli Paranormal
top of page
  • Writer's pictureMYB

Filem Banglo Seksyen 12 Angkat Tema Seram Kisah Ahli Paranormal

Malam gala tayangan perdana lilem "Banglo Seksyen 12" berlansung semalam di GSC Lalaport, Kuala Lumpur. Diterbitkan oleh pelakon terkenal Malaysia, Intan Ladyana, filem yang dinanti-nantikan ini bakal memberikan penonton pengalaman seram yang berbeza.


Filem Banglo Seksyen 12
Filem pertama yang mengangkat Intan Ladyana sebagai penerbit. Bersama barisan pelakon serta produksi Filem Banglo Seksyen 12 sewaktu malam gala filem tersebut yang berlansung semalam di GSC Lalaport, Kuala Lumpur

Filem Banglo Seksyen 12 diadaptasikan daripada novel fiksyen seram, penulis Hasrudi Jawawi dengan judul yang sama yang diterbitkan pada tahun 2016. Filem ini mengangkat tema seram kisah sekumpulan ahli pengkaji paranormal mengungkap rahsia disebalik sebuah banglo yang telah lama ditinggal usang.


Dengan rekod prestasi mengagumkan Intan Ladyana dalam filem-filem seperti 'Jangan Pandang Belakang' dan 'Banglo Berkunci', Filem 'Banglo Seksyen 12' pasti membuatkan penonton terpinga-pinga di tempat duduk mereka. Dijadualkan untuk tayangan pada 25 Januari 2024, filem ini menandakan usaha pertama Intan Ladyana sebagai penerbit.


Diarahkan oleh Dharma Nasution, Filem Banglo Seksyen 12 menampilkan barisan pelakon berbakat yang dikenali dari industri perfileman Malaysia. Intan Ladyana sendiri disertai oleh Mustaqim Bahadon sebagai protagonis utama filem tersebut. Barisan pelakon ini diperkuatkan lagi dengan bintang yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri, dan ramai lagi.


Filem Banglo Seksyen 12 diterbitkan oleh Prisma Pictures Sdn Bhd, dengan kerjasama METROWEALTH, melalui Dana Kandungan Digital (DKD) yang diperolehi dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dibawah Kementerian Komunikasi dan Ekonomi Digital (KKD)



 

Poster rasmi
Tayangan rasmi filem seram Banglo Seksyen 12 bermula pada 25 Januari 2024 di pawagam seluruh negara.

SINOPSIS


Filem Banglo Seksyen 12 merungkai kisah mencengkam sekumpulan remaja yang dibunuh secara misteri di sebuah rumah banglo usang pada tahun 2006. Banglo usang ini sejak itu menjadi tempat kegemaran ahli paranormal, menggunakannya sebagai latar belakang kandungan digital mereka.


10 tahun kemudian, sekumpulan ahli paranormal terdiri dari 6 pelajar kolej kembali ke banglo tersebut bagi menghasilkan kandungan digital seram untuk saluran Youtube mereka. Semasa eksplorasi berlansung kesemua mereka telah hilang.


Apabila berita tentang kehilangan mereka menjadi tular, sekumpulan pengkaji paranormal professional telah pergi ke lokasi banglo tersebut untuk membantu. Setelah pencarian dilakukan, mereka berjaya menemukan Fahmi, satu-satunya pelajar kolej yang masih hidup


Dengan penemuan itu, satu demi satu rahsia dan identiti ghaib mulai terbongkar, membawa kepada pengalaman sinematik yang mendebarkan dan menegangkan, mengikuti rentetan misteri dan kisah seram yang berlaku di dalam banglo tersebut.


Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengalami sendiri keseraman filem Banglo Seksyen 12, yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Januari 2024.

bottom of page