top of page
Writer's pictureMYB

Filem KKN Di Desa Penari Versi 2 Tampil 40 Minit Babak Tambahan

KKN di Desa Penari, filem seram Indonesia yang pernah mencetuskan fenomena tahun lalu kerana berjaya dengan kutipan keseluruhan sebanyak RM115 juta kembali ke pawagam Malaysia dengan penambahan 40 minit babak baru dalam versi kedua filem itu.


Filem garapan pengarah, Awi Suryadi ini mempunyai peminat tersendiri sehingga menjadi filem terlaris di Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Penambahan 40 minit babak baru dalam filem KKN Di Desa Penari memberi gambaran jelas keseluruhan jalan cerita dalam filem yang digarap asal dari kisah ciapan Twitter The Simpleman

Kembali dengan ‘tagline’ Luwih Dowo Luwih Medeni yang membawa maksud 'Lebih Panjang, Lebih Menyeramkan', filem KKN di Desa Penari versi kedua ini sudah pasti akan membuatkan penonton meremang dan tidak senang duduk didalam panggung.


Diterajui barisan pelakon muda Indonesia seperti Tissa Biani (Nur), Aulia Sarah (Badarawuhi), Calvin Jeremy (Anton), Fajar Nugraha dan ramai lagi, pujian wajar diberikan kepada mereka kerana berjaya menghidupkan setiap peranan di dalam filem ini dengan begitu baik.


Filem ini dikatakan pertama kali ditulis di platform Twitter oleh individu yang meggunakan nama akaun SimpleMan, perkongsian individu tersebut telah menarik perhatian orang ramai serta viral pada tahun 2019. Naskah itu kemudian digarap menjadi sebuah novel yang kemudiannya diangkat kelayar perak sebagai sebuah filem.


Menurut Fajar Nugraha yang memegang watak Wahyu didalam filem ini, pihak produksi filem ini berusaha sebaik mungkin bagi mengesan lokasi sebenar kisah ini namun gagal. Pihak produksi kemudiannya memilih satu lokasi di Yogjakarta yang mirip dengan gambaran kisah ini untuk dijadikan sebagai lokasi penggambaran.


Empat pelakon filem ini, Tissa Biani, Calvin Jeremy, Fajar Nugraha dan Aulia Sarah hadir ke Malaysia minggu lalu bagi mempromosikan filem seram ini sekaligus mendekati peminat mereka di Malaysia.


Menurut Calvin Jeremy yang memegang watak sebagai Anton. penambahan 40 minit babak dalam versi kedua filem ini akan memberi gambaran jelas kepada keseluruhan jalan cerita filem ini.


Barisan pelakon KKN Di Desa Penari dari kiri : Calvin Jeremy, Tissa Biani, Aulia Sarah dan Fajar Nugra hadir ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat serta promosi filem tersebut baru-baru ini. Foto@Papadin

Sementara itu, Bissa Tiani yang memegang peranan sebagai Nur menjelaskan dia harus berlatih menari selama sebulan untuk menjiwai watak Nur yang dirasuk dalam satu babak di dalam filem ini.


Filem KKN di Desa Penari mengisahkan enam pelajar sebuah universiti di Indonesia yang diwajibkan menjalani KKN (Kursus Kerja Nyata) bagi melengkapkan pengajian mereka, telah memilih sebuah kampung yang terletak di sebuah lokasi pedalaman tanpa menyedari sesuatu yang buruk bakal menanti mereka.


Versi kedua ini mula ditayangkan pada 26 Disember 2022 di Indonesia manakala tayangan di Malaysia telah bermula pada 5 Januari 2023 .


コメント


bottom of page