“FORTUNA” Menyapa KL: Iqbaal Ramadhan Tampil Sebagai BAALE Dalam Konsert Penuh Jiwa
- MYB
- 4 hari lalu
- 2 min membaca
Kuala Lumpur - Nama Iqbaal Ramadhan mungkin lebih dikenali dengan watak Dilan di layar perak, namun tahun 2025 menyaksikan sisi terbarunya kembali ke pentas muzik, kali ini sebagai BAALE, seorang solois berjiwa indie dengan sentuhan BritPop moden.

Dan berita terbaik buat peminat Malaysia, **BAALE akan hadir buat kali pertama ke Kuala Lumpur menerusi konsert sulungnya, “BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur” pada 15 Jun 2025 di Zepp Kuala Lumpur, bermula jam 8 malam.
Konsert yang dianjurkan oleh Miebird Projects ini bakal membawa peminat menelusuri kisah emosi dan perjalanan jiwa menerusi 11 lagu daripada album debut FORTUNA, yang dilancarkan pada Mei 2024. Album tersebut menggambarkan tema tentang kesepian, mimpi dan penemuan diri. Sesuai dengan identiti BAALE yang dilihat sebagai sisi paling jujur Iqbaal sebagai pemuzik.

“BAALE adalah bentuk paling tulen daripada saya. Album Fortuna ini menyuarakan kisah masa muda saya dalam menghadapi sunyi dan mengejar impian. Harapan saya agar penonton Malaysia dapat lebih mengenali BAALE dan bersama melangkah ke karya seterusnya,” ujar Iqbaal Ramadhan penuh semangat.
Lebih menarik, ini bukan sekadar konsert. Ia adalah ruang pertemuan yang tulus antara pemuzik dan peminat. Penganjur, Idreez J dari Miebird Projects turut berkongsi bahawa momen ini adalah peluang istimewa untuk audiens Malaysia menyelami karya dan visi BAALE secara langsung.
Tiket untuk konsert ini boleh didapati melalui www.ilassotickets.com dengan beberapa kategori: FORTUNA (Berdiri - Zon Hadapan) pada harga RM198, MUSIM (Duduk - Bernombor) pada RM218, MALAM MINGGU (Duduk - Bernombor) pada RM268, dan VIP Box (10 pax per box) pada harga RM398 per pax.
Buat peminat yang selama ini hanya mendengar Fortuna di Spotify atau menonton video muzik di YouTube, inilah masa untuk mengalami magis sebenar secara langsung. Jangan lepaskan peluang mencipta memori dan mungkin, menemui fortuna anda bersama BAALE di Zepp KL. Ikuti @miebirdprojects di IG, TikTok dan FB untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini.
Comments