• MYB

FunnelEvo Rai Usahawan Digital Di Malam Gala Digital Business Award 2021

Sejak dari Pandemik COVID-19 pada awal tahun 2020, ramai usahawan tanpa melengah lagi mereka telah mempromosikan secara meluas pemasaran perniagan melalui pemasaran Digital.


Begitu dengan FunnelEvo yang giat menawarkan khidmat nasihat dan membantu lebih 100,000 usahawan untuk berjaya meningkatkan jualan mereka secara pemasaran digital atau erti lain secara dalam talian terutamanya menerusi social media.


(Foto, dua dari kanan, Encik Mohd Fahdi Bin Mohd Ghazali, Pengarah Urusan SIFOO International Sdn Bhd)


Malam tadi, jenama FunnelEvo melalui syarikat SIFOO International Sdn Bhd telah menganjurkan Majlis Anugerah Digital Business Award 2021 sebagai pengiktirafan kepada individu dan syarikat yang telah memberikan impak melalui platform digital sepanjang 2021.


Foto antara Penerima Anugerah Digital Business Award 2021


Digital Business Award 2021 sebagai tanda penghargaan kepada usahawan-usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah bimbingan FunnelEvo yang telah berjaya mencapai kejayaan yang memberangsangkan di dalam perniagaan mereka . Demikian juga, pengiktirafan ini adalah juga untuk membantu menaikkan jenama usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke lebih tinggi dan lebih dikenali ramai selari dengan matlamat FunnelEvo sendiri yang ingin membawa kejayaan ke persada antarabangsa sehingga 100 tahun akan datang.


Sila klik pautan ini bagi menonton streaming FB Malam Gala Digital Business Award 2021.


Fahdi Ghazali, atau nama penuh beliau Mohd Fahdi Bin Mohd Ghazali, berusia 35 tahun merupakan Pengarah Urusan kepada SIFOO International Sdn Bhd. Beliau mula aktif dalam perniagaan dan pemasaran menggunakan internet sejak tahun 2008 sehinggalah sekarang.


Beliau merupakan pengasas kepada jenama FunnelEvo, FunnelEvo+, Kuasa & EvoBina serta pengasas bersama Wira Capital Sdn Bhd.


Selain itu, beliau juga aktif membantu peniaga-peniaga di Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka menggunakan digital marketing melalui seminar bisnes #FunnelEvo yang beliau adakan hampir setiap bulan di Kuala Lumpur. Setakat hari ini, lebih 100 ribu peniaga yang hadir ke seminar FunnelEvo dan mendapat hasil darinya. Misi beliau sekarang adalah untuk membantu lebih ramai lagi peniaga memasarkan produk atau servis di online dengan menggunakan Digital Marketing dan sistem Funnel.


 

TENTANG FunnelEvo


FunnelEvo dibina sebagai platform kepada usahawan untuk menimba ilmu berkaitan digital marketing dan juga memberi khidmat nasihat kepada syarikat untuk menggunakan platform digital sebagai medium pengiklanan. Pelajari asas pemasaran dan jualan secara digital yang menyeluruh meliputi Facebook, Instagram, Google, Messenger, Email, Website dan paling penting Database Marketing serta Sales Funnel untuk memajukan perniagaan online.


Sebarang info lanjut mengenai FunnelEvo boleh melayari lama sesawang www.funnelevo.com.






0 comments