Gelombang Muzik Baharu Melanda! Konsert Hype Republic Himpun Bintang Pelbagai Genre
- MYB
- 10 Jun
- 2 min membaca
KUALA LUMPUR – Sebuah acara muzik mega, Konsert Hype Republic, bakal menggegarkan Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 13 Disember 2025 (Sabtu), bermula jam 8.30 malam. Konsert ini dijangka menjadi tumpuan utama peminat muzik tanah air pada hujung tahun ini, menjanjikan satu pengalaman hiburan yang epik dan sukar dilupakan.

Konsert Hype Republic, yang merupakan acara sulung anjuran DM Diamond Sdn. Bhd., bakal menghimpunkan pelbagai genre muzik popular dan kontemporari dalam satu pentas. Penonton boleh menjangkakan gabungan rentak EDM, hip-hop, pop, K-Pop, J-Pop, Alt-Indie dan lain-lain, sekali gus menjadikan konsert ini sebuah "one-stop center" untuk semua pencinta muzik.
Ini bukan sahaja memberi peluang kepada penonton untuk menikmati persembahan artis kegemaran mereka, tetapi juga untuk meneroka dan mengalami genre muzik baharu secara langsung.
Barisan artis tempatan yang bakal terlibat dalam Konsert Hype Republic termasuk nama-nama besar seperti Kmy Kmo & Luca Sickta, Luqman Podolski, Yonnyboii, Zynakal, Bunga, Zubir Khan, K.O.I, serta satu lagi penyanyi yang masih belum didedahkan. Gabungan pelbagai aliran muzik ini dijangka bakal mencipta pengalaman konsert yang luar biasa.
DM Diamond Sdn. Bhd., sebagai syarikat pengurusan acara yang baharu dalam pasaran tetapi diterajui oleh pasukan berpengalaman luas, yakin mampu memberikan persembahan yang mantap dan teratur. Konsert Hype Republic menandakan langkah berani DM Diamond untuk mencipta gelombang baharu dalam industri hiburan negara.
Untuk mengikuti perkembangan terkini Konsert Hype Republic, orang ramai boleh melayari laman media sosial Instagram & TikTok @dmdiamond.official. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh muzik dan kepelbagaian genre ini!
Komen