• MYB

'Girlband' Dari Bandung, SPARKGIRLS Lancar Single Debut 'Bloody Love'

Kumpulan 'girlband' terbaru dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai 'SparkGirls' telah melancarkan single debut mereka semalam yang berjudul 'Bloody Love'. Kumpulan SparkGirls yang mirip kepada 'girlband' dari Korea Selatan ini, dianggotai oleh 7 gadis cantik kelahiran Bandung bernama Rou, Dewi, Putsen, Reva, Monick, Nana, dan Khayla yang disatukan oleh pengurusan mereka, Spark Entertainment.


Sparkgirls
Kumpulan SparkGirls yang dianggotai oleh Rou, Dewi, Putsen, Reva, Monick, Nana, dan Khayla berharap single debut mereka diterima peminat muzik di Malaysia

Majlis pelancaran sinlge tersebut telah berlansung di Gedung Budaya Sabilulungan, Soreang Kabupaten, Bandung secara virtual dan disaksikan oleh penonton di Indonesia dan Malaysia melalui platform Youtube dan Zoom. Malaysia dipilih untuk pelancaran tersebut kerana kumpulan ini sudahpun mempunyai pengikut disini.


Menurut Reva, salah seorang dari ahli SparkGirl, lagu Bloody Love merupakan lagu bergenre pop Indonesia atau lebih dikenali sebagai I-Pop disana yang mempunyai nuansa muzik K-POP. Bloody Love mengisahkan tentang keresahan kaum wanita yang semakin dangkal tentang definisi sebenar cinta pada zaman sekarang.


Sparkgirls
Reva

"Lagu ini lebih sebagai peringatan kepada kaum wanita yang merasakan diri mereka lemah dan sering ditindas, untuk bangun dan keluar dari kongkongan kaum lelaki. Sebetulnya disebalik sifat kewanitaan dan kelembutan seorang wanita itu ada hati-hati yang kental dan kuat serta penuh dengan harga diri.


"Sekarang ini bukan lagi masanya dimana hati wanita itu mudah lemah dengan belaian dengan pujuk rayu seorang lelaki , kekayaan, kuasa mahupun kedudukan kerana wanita itu sendiri sudah mampu untuk mendapatkannya sendiri," jelas Reva lanjut.


SparkGirls yakin dan berharap aliran musik I-pop yang mereka bawakan dapat diterima dengan baik oleh pecinta muzik di Indonesia, Malaysia dan dunia.


"Semoga lagu ini menjadi inspirasi bagi anak-anak muda baik di Indonesia, Malaysia juga dunia," ujar Reva.


Lagu Bloody Love telah dilancarkan di semua platform penstriman digital bermula 10 Mac 2022 manakala video muzik rasminya boleh ditonton di Youtube FMC Music Malaysia.


0 comments