GV9 Milik Jaclyn Victor
top of page
  • Writer's pictureMYB

GV9 Milik Jaclyn Victor

Updated: Nov 29, 2022

Konsert akhir Gegar Vaganza Musim ke-9 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA malam tadi menobatkan Jaclyn Victor sebagai juara program tersebut musim ini sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.00 tunai sumbangan Astro, pakej percutian ke Paris sumbangan selamatbercuti.com, pakej percutian berserta trofi Gegar Vaganza.


Dengan tema minggu finale , ‘Kemanisan Di Akhir Garisan’ Jaclyn Victor bagai menepati ramalan sebagai juara musim ini oleh majoriti penonton program reliti tersebut. Jaclyn Victor mempersembahkan medley ‘It’All Coming Back To Me Now’ nyanyian asal Celine Dion serta lagu ‘This Is Me’ nyanyian asal Keala Settle.


Jaclyn Victor turut menerima Anugerah Digi Next Level untuk persembahannya pada konsert minggu ke-10.


Sementara itu, posisi naib juara dimenangi oleh Bob Yusof berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000, pakej percutian ke Dubai dan Abu Dhabi , pakej percutian berserta trofi. Bob turut menerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak hasil dari undian penonton. Bob Yusof mempersembahkan medley ‘Rahasia Perempuan’ nyanyian asal Ari Lasso dan lagu ‘Sejati’ nyanyian asal Kumpulan Wings.


Manakala Shila Amzah pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 30,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Seoul, Korea, pakej penginapan berserta trofi. Shila Amzah menyampaikan medley ‘Tak Ada Logika’ nyanyian asal Agnes Mo serta lagu ‘Secret Love Song’ nyanyian asal Little Mix ft Jason Derulo.



Tomok, VE dan Hazrul Nizam pula masing-masing hanya mampu berpuas hati di tempat keempat, kelima dan keenam.


Tomok membawa pulang hadiah wang tunai RM 20,000, pakej percutian dan penginapan berserta trofi manakala VE pula membawa pulang wang tunai RM 15,000, pakej percutian dan penginapan berserta trofi. Sementara itu Hazrul Nizam membawa pulang wang tunai RM 10,000 pakej percutian berserta trofi.


Persembahan peserta akhir GV8 diadili sepenuhnya oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS , Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap manakala Edry Abdul Halim sebagai juri jemputan.


Program GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Elly Mazlein.

bottom of page