Home Of Kids: Astro Sedia Pelbagai Sajian Hiburan Keluarga Menarik Sempena Cuti Sekolah
top of page
  • Writer's pictureMYB

Home Of Kids: Astro Sedia Pelbagai Sajian Hiburan Keluarga Menarik Sempena Cuti Sekolah

Astro merupakan destinasi hiburan keluarga terulung di Malaysia, dengan kekuatan sajian famili yang menjadi nadi utama. Menjelang musim cuti sekolah ini, Astro menghadirkan kepada penonton pelbagai jenis kandungan yang menarik, baik dari tempatan mahupun antarabangsa. Kandungan tempatan juga menjadi pertaruhan utama sempena musim cuti sekolah ini.


Home Of Kids
Hikayat, Makania dan The Cadets antara program televisyen menarik yang disediakan Astro sepanjang cuti persekolahan sesi 2023

Menerusi Home of Kids, Astro telah memperkenalkan mod Kid-Friendly Profile yang membantu ibu bapa dalam menyelia kandungan yang ditonton oleh anak-anak. Mod ini hanya membenarkan akses kepada rancangan-rancangan yang sesuai untuk kanak-kanak, termasuk kandungan eksklusif On Demand, saluran-saluran linear, rakaman rancangan, dan hasil pencarian.


Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, mengatakan, “Dalam meneruskan status kami sebagai Home of Kids, Astro amat menitikberatkan kualiti penceritaan dan penerbitan yang padat dengan nilai-nilai positif serta bersesuaian dengan golongan sasaran kami yakni kanak-kanak dan remaja. Malah kandungan-kandungan kami sesuai sebagai tontonan seisi keluarga.


Putri Yasmin Megat Zaharuddin menegaskan harapannya agar masyarakat Malaysia sentiasa menyokong cerita dan bakat tempatan, serta mengamalkan nilai-nilai murni tempatan.


Astro Ceria dan saluran-saluran kanak-kanak di Astro menawarkan pelbagai pilihan hiburan keluarga dan kanak-kanak untuk membuat cuti sekolah ini lebih bermakna. Penonton boleh menonton rancangan-rancangan ini menerusi Astro Box, aplikasi Astro GO, dan Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Home Of Kids
Francais ‘Hikayat’ akan membawa kepada penonton pelbagai cerita rakyat dan kisah dongeng klasik Asia

Francais baharu yang bertajuk ‘Hikayat’ akan membawa kepada penonton pelbagai cerita rakyat dan kisah dongeng klasik Asia. Rancangan ini akan memulakan penayangan dengan kisah ‘Hikayat Pak Belalang’ pada 11 Disember di Astro Ceria pada jam 9 malam. Menariknya, rancangan ini juga boleh disaksikan menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO, dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.


‘Hikayat Pak Belalang’ mengisahkan tentang Belalang dan ayahnya, Pak Belalang, yang berdepan dengan pelbagai masalah apabila Pak Belalang menyamar menjadi seorang nujum. Rancangan ini diterbitkan oleh Zeel Production dan menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Bell Ngasri sebagai Pak Belalang, Haziq Asyraf sebagai Belalang, Dato’ Jalaluddin Hassan, Amy Mastura, Ruhainies, Mikael Noah, Usop Wilcha, dan Fadhli Masoot.


Selepas ‘Hikayat Pak Belalang’, Astro Ceria turut menyajikan siri ‘Hikayat Bawang Merah Bawang Putih’. Siri ini akan menampilkan Mira Filzah dan Syafiq Kyle sebagai pelakon utama, dengan arahan Datuk Yusry Abdul Halim. Siri ini akan memulakan produksi pada awal tahun 2024. Lagu tema ‘Magis’ yang dinyanyikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan menjadi OST rasmi untuk 'Hikayat'.


Astro Ceria juga mempersembahkan siri aksi yang sesuai untuk golongan muda yang bertajuk ‘The Cadets’. Siri ini dibintangi oleh Mierul Aiman, Hawa Rizwana, Fimie Don, Adlin Aman Ramlie, Jazmy Juma, dan Bella Dowanna.


‘The Cadets’ menggunakan khidmat Infinitus Gold, studio di sebalik kejayaan ‘Sangkar’ demi memastikan siri ini padat dengan aksi yang menarik. Cerita siri ini mengisahkan perjuangan empat sekawan kadet bomba yang menghadapi pelbagai cabaran mental dan fizikal. Penonton boleh menyaksikan 'The Cadets' pada 27 Disember setiap hari Rabu, jam 9 malam.



Astro Ceria juga menghadirkan siri animasi baharu yang menarik berjudul ‘Makania’. Siri ini merupakan hasil karya terbaharu Warnakala Studios yang sebelum ini menghasilkan ‘Didi and Friends The Movie’. 'Makania' mengisahkan pengembaraan Naz dan bapanya dalam sebuah pertandingan masakan yang menarik, Makania's Next Top Chef (ManTOP).


Namun, pertandingan ini bukan semata-mata berakhir dengan kejayaan, tetapi juga mengandungi elemen menarik lain. Animasi ini juga menampilkan enam buah lagu baharu sebagai runut bunyi termasuk ‘My Way’, ‘Appa Fantastik’, Cook Together, ‘Kita Berjuang’, ‘Bongkar Rahsia’, dan lagu tema ‘Makania’.


‘Makania’ akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat jam 3 petang mulai 8 Disember. Penonton dapat menonton siri ini menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO, dan Sooka.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai seleksi hiburan keluarga dan kanak-kanak yang menarik di Astro Ceria dan saluran-saluran kanak-kanak di Astro. Saksikanlah kesemua kandungan menarik ini dengan Astro Ultra Box dan dapatkan Pek Primary dengan harga yang berpatutan. Nikmati pengalaman hiburan keluarga yang lebih hebat bersama Astro Baharu.

bottom of page