vivo Malaysia melancarkan filem pendek bertajuk ‘Shout it Out’ yang memaparkan keazaman seorang gadis Malaysia yang kurang upaya untuk mencapai impiannya untuk menjadi seorang atlet negara.
Filem berdurasi 9 minit 30 saat itu dirakam dengan vivo X70 Pro, telefon pintar perdana fotografi profesional dengan teknologi pengimejan mudah alih termaju yang direka bersama ZEISS.
Diinspirasikan berdasarkan sebuah kisah benar, ‘Shout it Out’ mengikuti kisah Siti, seorang warga Malaysia yang kurang upaya sejak muda yang menentang segala kemungkinan dan berjuang untuk memperoleh kecekapan dalam bidang Karate dan mewakili Malaysia dalam pertandingan kejohanan Karate antarabangsa.
Berlatarkan adegan di mana dia sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dan halangan hidup, ditertawakan dan keraguan diri, filem ini menyerlahkan keazaman Siti dengan bimbingan dari gurunya yang tidak berbelah bahagi untuk membawanya ke pentas dunia sebagai atlet negara.
Diarahkan oleh Mallory Lee, kita melihat kehidupan Siti (lakonan Nurizyan Binti Hishammuddin), seorang gadis Melayu muda yang memulakan perjalanannya untuk menjadi seorang atlet Karate negara.
Di bawah bimbingan jurulatih (lakonan Seelan Manoheran) dan kepercayaan terhadap kebolehannya, Siti tetap bertahan melalui latihannya dan hadapi cabaran hidupnya, berusaha untuk mencapai impiannya iaitu bersaing mewakili Malaysia.
“Di vivo, kami percaya bahawa setiap orang mempunyai potensi untuk mencapai pencapaian yang hebat, tanpa mengira latar belakang mereka.
"Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk kongsi jalan cerita kehidupan Siti menerusi filem ini, menangkap kisah luar biasa tentang usahanya untuk mencapai impiannya walaupun terhad. Menggunakan teknologi pengimejan canggih vivo X70 Pro, filem ini menunjukkan keupayaan penggambaran telefon pintar dan potensinya sebagai peranti filemografi profesional." Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia
“Penggambaran ‘Shout it Out’ merupakan pengalaman yang hebat untuk saya. Semasa kami merakam video itu, saya ingin menangkap intipati dan emosi sebenar yang dimainkan oleh Siti, menunjukkan perjuangan, kegembiraan, keazaman dan keberaniannya dalam mencapai impiannya tanpa mengira kesusahannya.
"Menggunakan vivo X70 Pro, saya dapat menangkap semua itu seperti yang dilihat dalam video terakhir. Saya harap rakyat Malaysia akan mendapat inspirasi semasa menonton filem pendek ini kerana ia memberi inspirasi kepada saya,” kata Mallory, Pengarah filem ‘Shout It Out’.
Filem pendek ‘Shout it Out’ kini boleh didapati dan ditonton di laman Youtube Rasmi vivo Malaysia.
Commenti